Monday, January 31, 2011

nn @ noetic nourishment

 
Posted by Picasa



NOETIC
Noetic theory or noëtics (from Greek νοητικός "mental" from νοεῖν "to think" from νοῦς – noûs) is an alternative metaphysical philosophy concerned with the study of mind and intuition, and its relationship with a proposed divine intellect. Among its principal purposes are the study of the effects of perceptions, beliefs, and intentions on human consciousness.

The theory of noetics centers around the idea that the human mind is capable of affecting work or events or even doing work in the physical world. It is suggested that thought and spirit are not, in fact, imaginary, but are Bose or photon based, meaning essentially that the mind can be quantified by formulae which describe quantum materials such as light. This is a radical conclusion, as many people consider thoughts to be weightless. Noetic theory claims that just as gravity affects all matter, thoughts do as well, although to a lesser degree[citation needed]. Psychokinesis, more often called telekinesis, is concerned with the direct influence of mind on matter.

NOURISHMENT
Nutrition (also called nourishment or aliment) is the provision, to cells and organisms, of the materials necessary (in the form of food) to support life. Many common health problems can be prevented or alleviated with a healthy diet.

noetic nourishment commenced a new watermark :)

Sunday, January 23, 2011

nn @ resepi homemade fish cake

 


RESEPI HOMEMADE FISH CAKE

PERLU ADA:
400gm isi ikan ( beli fillet jek, prefer isi ikan warna putih)
3 sudu tepung jagung
1 sudu tepung ubi
1/2 sudu teh lada sulah
Garam secukup rasa
(ada org letak juga secubit kiub ayam, nak bg lebih rasa)

PERLU BUAT:
1. Kisar bahan2 di atas in a food processor. Kalau blender, tambah air sikit. tp lepas tu tmbahkan tepung sikit lg.
2. Masuk dan mampat2kan ia in a square or rectangle container. jgn tebal sngat. Letak minyak sikit atas dia, so dia akan rata cantik.
3. Kukus hingga masak. Lepas tu potong mcm bentuk fishcake. Goreng sekejap aje. Kalau goreng, boleh tahan lebih lama. Lepas tu frozenkan.
4. Kalau nak buat yang ada warna warni, boleh letak hirisan daun bawang, chopped red chilli atau corn selepas kisar.
Posted by Picasa

Monday, January 17, 2011

nn @ resepi siakap stim chinese style

 

 


RESEPI SIAKAP STIM CHINESE STYLE

PERLU ADA
1 ekor ikan siakap – dibersihkan dan buang sisik
1 biji bawang besar – hiris halus *
3 ulas bawang putih – hiris halus *
3 inci halia muda – hiris halus *
5 biji cili api – hiris halus *
1 batang serai – hiris halus *
1 tangkai daun ketumbar – hiris halus *
2 biji plum (plum ni boleh dapat di kedai cina. kalau tak ada, boleh guna asam boi. preference asam boi yang masam masin. kalau yang manis, kena tambah lime juice)
1 sudu teh minyak bijan
lobak masin dan sawi masin - hiris
cendawan shitake – rendam dan hiris
garam dan gula secukup rasa
serbuk lada putih

PERLU BUAT
1. Bersihkan ikan dan kelar sedikit. Gaul ikan dengan garam dan sebuk lada putih. Letak dalam bekas stim yang sesuai dan ketepikan.
2. Panaskan bekas kukusan.
3. Tumis bahan-bahan hiris yang bertanda * dengan sedikit minyak. Tumis sehingga naik bau. Tutup api.
4. Masukkan bahan-bahan tumisan ke dalam bekas stim yang dah ada ikan. Letakkan bahan tu bawah ikan, selit dalam perut ikan dan atas ikan. Tambahkan plum atau asam boi. (plum ni kena pecah-pecahkan sikit supaya rasanya rata dan meresap ke dalam ikan).
5. Masukkan air (ikut suka la nak banyak mana kuahnya) dan garam dan gula. Kalau guna asam boi yang manis, letak lemon juice sikit to blend the taste of masam manis dan masin.
6. Letakkan hirisan sawi masin, lobak masin dan cendawan shitake atas ikan dan titiskan minyak bijan (dalam chinese food, minyak bijan is compulsory ingredients).
7. Stim sampai ikan masak.

TIPS
1. Ikan stim kena guna ikan segar. Kalau ikan yang dah kurang segar, lebih baik buat tiga rasa dan masam manis.
2. Stim ikan ada berbagai stail dan cara. (Chinese, Thai, Lemon, Nyonya, Asam Pedas dll). Boleh pelbagaikan mengikut kegemaran masing-masing.
Posted by Picasa

Tuesday, January 11, 2011

nn @ kickstart untuk kita

 
Posted by Picasa


(gambar ihsan dari windows)
(artikel ihsan dari iluvislam)

Seringkali persoalan tentang penggunaan masa dan usaha bermain dalam kehidupan harian kita terutamanya bagi yang masih belajar. Namun, persoalan yang sama bukanlah asing bagi yang sudah bekerja atau yang sibuk menguruskan rumah tangga.

Pernahkah kita sedari bahawa penggunaan masa yang berkesan banyak menyumbang kepada kejayaan? Pernahkan kita terfikir mengapa sejak dari kecil kita terperangkap dengan persoalan yang sama walaupun pengalaman kita semakin bertambah seiring peningkatan usia?

Kita diuji

Setiap makhluk yang dicipta Allah akan merasakan pahit dan manis kehidupan. Itu sunnatullah yang ditetapkan Allah. Sepertimana firman-Nya:

Adakah patut kamu menyangka Bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti Yang telah berlaku kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang Yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). Surah Al-Baqarah (2: 214)

Jelas bahawa hidup manusia itu penuh dengan ujian. Hakikatnya ujian itulah sumber kekuatan, membantu kita untuk taqarrub kepada Allah. Ujian masa adalah salah satu cara kita diuji-Nya. Begitu jugalah masa, hanya yang mampu lepas ujian itu mampu memanfaatkan masa sebaiknya. Setiap manusia mempunyai cara berbeza untuk beradapatasi dengan kekangan masa. Ada yang menjadi positif dan lebih menguruskan masa bila tahu masanya hampir tiada. Namun, ada juga yang terus leka dan sambil lewa dalam menghadapi kesuntukan masa. Kelapangan masa juga ujian, ke mana kita gunakan? Ke arah keredhaan atau kemurkaan? Bagaimana anda? Bagaimana saya? Tanyalah diri, andai kita masih "selesa" dengan kelapangan masa, fikir-fikirkanlah kembali.

Putaran masa

"Hidup ibarat roda, kadangkala kita di atas, ada masanya di bawah".

Hakikat masa juga selari dengan ungkapan di atas. Kita melihat setiap detik terus berlalu dengan helaan nafas pinjaman Illahi. Saya yakin kita semua pernah mengalami "zaman keemasan" masing-masing. Mungkin ia berlaku semasa masih di sekolah rendah, atau bila menjejak sekolah menengah. Ada juga yang baru merasai saat-saat manis itu di zaman unversiti atau semasa bekerja. Hakikatnya, kita pasti pernah merasa. Bukankah indah jika saat itu berulang? Namun, wajarlah untuk kita menyedari bahawa Allah itu maha Adil, sedangkan malam dan siang sering di pergilirkan, begitu jugalah dengan kejayaan dan kegagalan.

Sahabat-sahabatku,

Di sini saya ingin mengajak agar kita semua berfikir tentang hikmah setiap kejadian yang menimpa kita. Pahit manis kehidupan itu menyumbang kepada pengalaman dan akhirnya menjadi pengajaran buat kita. Allah memberi ruang untuk kita berfikir sejauh mana kita menggunakan nikmat masa yang diberikan dengan sebaiknya. Bila berjaya, pernahkah kita terfikir satu masa kita akan jatuh dan tenggelam dalam kesedihan?

Kickstart buat kita

"Kesenangan yang datang tak akan selamanya, begitulah selepas susah ada kesenangan.."

Bait lagu "Kehidupan" ini boleh kita ambil pengajaran tentang perihal pentingnya menghargai nikmat masa kurniaan Illahi. Sahabat-sahabat sekalian, setelah kita menyedari tentang masa yang akan terus berlalu meninggalkan kita, marilah kita bergerak dan bertindak ke arah kebaikan dan perubahan. Saya bukanlah orang yang paling baik untuk menasihatkan. Hakikatnya, saya masih belajar dan terus belajar memformulasi teknik penggunaan masa yang berkesan. Namun, di sini ingin saya berkongsi sedikit tips yang boleh diamalkan:

1. Kenali kelemahan diri anda yang membawa kepada penggunaan masa yang kurang efektif. Contohnya, suka tengok video dalam jangka masa yang lama.

2. Cuba fikirkan cara terbaik untuk mengatasi kelemahan di atas. Contohnya, hadnya masa yang digunakan untuk perkara tesebut (kurang masa tengok video kepada satu sahaja)

3. Minta tolong sahabat atau saudara untuk ingatkan [I]dateline[/I] atau ingatkan anda untuk menggunakan masa sebaiknya.

4. Perhatikan kawan anda yang bijak menguruskan masa. Cuba contohi mereka.

5. Pastikan anda berada dalam persekitaran yang membina dan mendorong untuk menggunakan masa sebaiknya. Contohnya, pergi ke perpustakaan di mana persekitarannya sangat membantu anda untuk mentelaah pelajaran.

6. Yakin anda mampu berubah untuk menggunakan masa sebaiknya.

7. Jangan putus asa jika cubaan tidak berjaya. Bagi peluang untuk diri anda berubah.

8. Jangan terlalu selesa dengan kelapangan masa. Sediakan diri untuk menghadapi saat-saat kesuntukan masa.

9. Berdoalah selalu kepada Allah, Dialah pemilik hati kita. Allah itu dekat, mungkin kita yang menjauhkan diri dari-Nya.

...dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (Surah Ali-Imran: 2: 286)

Akhirnya, yakinlah bahawa kita mampu berubah dan mampu memulakan "kick start" untuk diri kita sendiri. Jangan tunggu masa berlalu, kejayaan hanya pinjaman, jadikan kegagalan sebagai satu kemanisan dengan mengambil pengajaran. Kita makhluk yang dikurniakan akal, gunakanlah untuk menilai dan memerhati bukan sekadar menanti mengharap simpati. Ayuh gunakan masa sebaiknya untuk mencipta kejayaan. Ya, anda boleh!

Wednesday, January 5, 2011

nn @ resepi prosperity burger

 

 


RESEPI PROSPERITY BURGER

PERLU ADA
roti burger - toast atas pan
burger daging atau ayam – masak dulu
bawang holland - dihiris memanjang
capsicum hijau – dihiris memanjang

SOS LADA HITAM
1 cawan air
1 cube ayam/lembu (bergantung pada daging burger)
1/2 cawan susu segar
1 sudu besar lada hitam-di tumbuk kasar..agak-agaklah ..kalau nak pedas tambahlah byk sikit
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1/2 biji bawang besar – di cincang
2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
2 sudu bbq sos – untuk rasa asap api
1 sudu sos tiram
1 sudu mentega
2 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
garam dan gula

PERLU BUAT
1. Tumiskan bawang besar dengan mentega hingga naik bau. Masukkan air dan kiub ayam dan masak sehingga mendidih.
2. Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega, sos tiram dan susu. Kacau rata.
3. Apabila mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang dikehendaki. Tambah garam dan sedikit gula.
4. Celup daging burger yang telah dimasak ke dalam sos lada hitam dan hidangkan bersama roti.

TIPS
1. Kalau di Mc Donald, prosperity ayam dimakan dengan hirisan capsicum (cili benggala) dan prosperity daging dimakan dengan hirisan bawang holand.
2. Kalau tak suka daging burger, boleh juga gunakan hirisan isi ayam atau daging.
3. Prosperity burger ‘nn, i’m lovin it’ lebih sedap jika dimakan bersama nn :)
Posted by Picasa

Sunday, January 2, 2011

nn @ resepi kek alunan kasih

 

 


RESEPI KEK ALUNAN KASIH
resepi dari kak mastura kongsi resepi dan kak nor

PERLU ADA:
250 gram butter
1 ½ cwn gula halus
5 biji telur
2 ½ cwn tepung naik sendiri
½ cwn susu cair
1 sudu kecil esen vanilla (boleh guna perasa lain juga)
*Sebuk koko - sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.
*Pewarna - ikut citarasa masing2.

PERLU BUAT:
1. Pukul butter dan gula smpai kembang.
2. Masukan telur satu persatu. Pukul lg smpai kembang.
3. Masukan esen vanilla, susu cair. Gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit.
4. Bahagikan kepada tiga bahagian. Campurkan pewarna merah, hijau dan kuning.
5. Griskan loyang dan tabur sikit tepung. Masukan adunan merah, ratakan dlm loyang dan ayak serbuk koko menutupi lapisan pertama. Ayak nipis2 jer.
6. Then masukan lapisan adunan warna hijau dan ratakan perlahan2 tetapi pastikan serbuk koko di lapisan pertama td terangkat. Ayak serbuk koko di atas lapisan kedua.
7. Ulang untuk adunan ketiga.
8. Bakar lebih kurang 45min dengan 160C mengikut oven masing2.

TIPS:
1. Utk membuat lapisan kaler2 tu biar tebal sbb bila kita melapis & meratkan adunan tersebut serbuk koko tak akan terikut sama. Tapi bila adunan yg nak kita lapiskan itu agak nipis/sikit bila nak meratakan lapisan tu, serbuk koko akan tertarik sama - nanti corak tak akan jadi cantik.
2. Boleh tambah perasa dalam tiap-tiap adunan warna.
Posted by Picasa