Monday, August 29, 2011

nn @ amalan sunnah di pagi aidilfitri





TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM
Tahun ni tak sempat nak bervideo baru :) yang lama pon relevan lagi. cuma untuk kawan-kawan leeds, kita tukar sikit. kita raya sama-sama hari selasa :)
JAUH MANA PON JARAK KITA, LAMA MANA PON KITA TAK JUMPA. KITA MASIH TUNGGU ANAK BULAN YANG SAMA. SALAM AIDILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN.
- nn, raya 2011 :)

Amalan sunnah di pagi aidilfitri anjuran nabi saw

1. keluar menunaikan solat aidilfitri (hatta wanita yg dalam haid pun disuruh dtg untuk mendengar khutbah raya)

2. mandi sunnat

3. memakai wangian, bersiwak

4. memakai pakain yang cantik ( tidak semestinya baru dan tidak digalakkan memakai pakaian yg pelik2 dan lain daripada orang kebanyakan)

5. disunnahkan makan sedikit sebelum keluar menunaikan solat raya dan menyalahi sunnah sesiapa yang keluar tanpa menjamah sedikit makanan

6. sunnah berjalan kaki untuk keluar solat hari raya dengan tenang (nabi keluar tanpa menaiki kenderaan kecuali jika tempat solat jauh )

7. sunnah menunaikan solat aidilfitri di tempat lapang (lebih afdhal) bukan di masjid

8. sunnah datang dan pulanh ke tempat solat aidilfitri dengan jalan berbeza

9. di sunnahkan datang awal untuk solat sunnah aid dan imam disunnahkan datang lambat (kerana tidak sesuai imam yg menunggu makmum

10.bertakbir dan bertahmid bermula dalam perjalanan keluar ke tempat solat eid sehingga sehabis solat nabi berhenti bertakbir bertahmid

11.disunnahkan pada hari raya disambut dengan suasana gembira dengan kemenangan bukan bersedih

12.disunnahkan membawa anak2 kecil keluar solat sunnah eid fitr (xsolat pun xpa asalkan keberkatan itu terkena tempiasnya pada budak budak)

13.membuat ucapan raya pada kenalan dan orang sekeliling dgn ucapan TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM

14.sekiranya tertinggal solat raya dibenarkan qada' solat raya secar bersendirian atau beramai ramai


rujukan dari siri ceramah ustaz asri berlandaskan rujukan hadis hadis yang sahih..selamat beramal dan sebarkan semoga beroleh barakah

Wednesday, August 24, 2011

nn @ resepi nasi kerabu

 

 


RESEPI NASI KERABU
(Resepi untuk 5 orang)

NASI
PERLU ADA:
3 pot beras
4.5 pot air (bergantung kepada jenis beras)
Pewarna biru
4 keping daun limau purut

PERLU BUAT:
1. Basuh beras, masukkan air seperti masak nasi biasa.
2. Tambahkan beberapa titis pewarna biru.
3. Masukkan daun limau purut. Masak nasi seperti biasa.

TIPS:
1. Pewarna biru original adalah dari bunga talang yang telah ditumbuk dan perah air.


KUAH TUMIS
PERLU ADA:
10 biji cili kering *
2 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *
½ inci kunyit hidup *
2 inci belacan *
1 batang serai - ketuk
1 tin santan
2 keping asam keping
1 sudu besar gula merah
Garam
Minyak untuk menumis

PERLU BUAT:
1. Kisar halus bahan-bahan bertanda *dan tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan serai, santan, asam keping, gula merah, garam.
3. Masak lama hingga naik minyak.

TIPS:
1. Kalau ada budu, masukkan budu, tak perlu guna belacan.


SAMBAL KELAPA
PERLU ADA:
1 ekor ikan mackerel – rebus dan ambil isi sahaja. Tumbuk halus.
200 g kelapa parut – dessicated coconut
½ tin santan
2 batang serai – hiris halus
1 biji bawang besar *
1 ulas bawang putih *
1 sudu kecil lada hitam *
Garam
Gula

PERLU BUAT:
1. Tumbuk halus bahan-bahan bertanda *.
2. Gaul kelapa parut dengan santan. Masukkan ke dalam kuali bersama ikan tumbuk dan bahan-bahan bertanda * dan serai.
3. Masak guna api perlahan sehingga sambal kering dan kekuningan. Tambahkan garam dan gula.

TIPS:
1. Sentiasa kacau supaya sambal kelapa tidak hangus.


AIR LADA
PERLU ADA:
3 biji cili merah (boleh guna cili merah besar sweet pointer)
5 biji cili api
3 sudu cuka/lemon juice
Sedikit serai dan bunga kantan (hiris halus)
Gula
Garam

PERLU BUAT:
1. Kisar cili merah, cili api dengan sedikit cuka atau lemon juice.
2. Tambahkan hirisan serai dan bunga kantan serta gula dan garam.


DAGING BAKAR
PERLU ADA:
300 g daging tanpa tulang (sebaiknya dalam ketulan yang agak besar)
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
2 inci halia *
Kunyit serbuk
Garam
Gula

PERLU BUAT:
1. Kisar bahan bertanda * dan gaul dengan kunyit serbuk, garam dan gula.
2. Perap seketika dengan daging.
3. Bakar daging sehingga masak.
4. Hiris daging dengan halus untuk hidangan nasi kerabu.


SOLOK LADA
PERLU ADA:
5 biji cili hijau besar – belah jangan putus
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 sudu kecil lada sulah *
200 g isi ikan ( boleh guna mackerel dari sambal kelapa atau guna mackerel tin)
200g kelapa parut
½ tin santan
Garam
Gula

PERLU BUAT:
1. Kisar bahan bertanda *, gaul bersama isi ikan, kelapa parut, garam dan gula.
2. Masukkan bahan-bahan yang telah digaul ke dalam cili hijau yang telah dibelah.
3. Rebus cili hijau sumbat dengan santan yang telah dimasukkan sedikit garam.
4. Rebus sehingga masak


BUDU
PERLU ADA:
Budu
1 biji sederhana bawang besar – hiris halus
5 biji cili api – hiris halus
Asam limau

PERLU BUAT:
1. Gaul budu bersama bawang besar dan cili api yang telah dihiris.
2. Perah sedikit asam limau.


ULAM
PERLU ADA:
Timun – hiris
Kobis - hiris
Kacang Panjang - hiris
Taugeh
Daun kesum - hiris
Bunga Kantan - hiris

PERLU BUAT:
1. Hiris halus ulam ulam kecuali taugeh. Gaul semua.


BAHAN-BAHAN LAIN
1. Keropok ikan
2. Telur masin
3. Daging bakar boleh diganti dengan ikan celup tepung atau ayam percik.


CARA HIDANG:
1. Gaul nasi dengan sambal kelapa, kuah tumis, air cili, budu dan ulam. Untuk lebih masam dan pedas, tambah air cili dan untuk lebih masin, tambah budu.
2. Makan bersama dengan solok lada, daging bakar/ayam percik/ikan percik, telur masin, keropok ikan dan jeruk bawang.


Posted by Picasa

Wednesday, August 17, 2011

nn @ nn rezeki berbuka puasa

 




الَّلهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ العَجْزِ وَالكَسَلِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ البُخْلِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ غَلَبَةِ الدَّينِ وقَهْرِ الرِّجَالِ

“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang.”
Posted by Picasa

Wednesday, August 10, 2011

nn @ doa dalam ramadhan


Doa Dalam Ramadhan

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



"Tiga bentuk doa yang dimustajabkan Allah: doa ibu bapa terhadap anak; doa orang yang berpuasa; dan doa orang bermusafir." (Riwayat al-Baihaqi)



Bulan Ramadhan adalah bulan untuk kita berdoa pada Allah s.w.t. Berdoa bukan terhad pada bulan Ramadhan semata-mata . Kerana Bulan Ramadhan akan di makbulkan doa oleh Allah , Insha Allah.

Bulan Ramadhan adalah bulan lebih baik daripada seribu bulan. Adakah kita tak pernah terfikir sebelum ini. Kerana bulan Ramadhan ada Malam yang sangat istimewa kepada umat islam khususnya iaitu Malam Lailatul Qadar. Malam penuh berkat itu segera kita kejari sebelum ia pergi meninggal kita.

Oleh itu, mari kita memperbanyakkan berdoa kepada Allah. Jika di bulan-bulan yang lain kita kurang berdoa, bermula Ramadhan kali ini kita memperbanyakkan berdoa. Semoga Allah memperkenaan hajat kita.

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 186)