Tuesday, May 8, 2012

nn @ resepi laksa johor






RESEPI LAKSA JOHOR

KUAH LAKSA
PERLU ADA:
1kg ikan sardin - kalau di UK, nn guna mackerel. kalau malas, nn guna canned tuna
200g udang basah - kisar 
½ cawan cili kering *
5 biji bawang besar **
5 ulas bawang putih **
5 batang serai **
2 inci halia **
2 inci lengkuas **
2 inci kunyit hidup **
¾ cawan udang kering ***
1 keping isi ikan kurau ***
¾ cawan rempah laksa johor - kalau takde guna rempah kari
2 cawan santan pekat
2 cawan air rebusan ikan.
2 keping gula melaka
3 sudu besar kerisik
3 keping asam keping
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

PERLU BUAT:
1. Ikan dicuci dan direbus dengan sedikit garam. Sukatan air, agak-agak ikan tenggelam sedikit.
2. Simpan air rebusan ikan. Asingkan isi ikan dan tulang. Tumbuk isi ikan yg telah dibuang tulang. Ketepikan.
3. Kisar cili kering dan tumiskan dengan minyak sehingga cili pecah minyak. Kalau tumis cili dulu, cili akan masak sepenuhnya dan warna masakan lebih cantik.
4. Kisar bahan-bahan bertanda ** dan tumis sekali dengan cili yang telah masak sehingga naik bau.
5. Masukkan rempah laksa johor (atu rempah kari ikan) yang telah dibancuh dengan sedikit air. Tumis sekejap. Jangan garing sangat.
6. Masukkan isi ikan, bahan *** yang telah dikisar, santan dan air rebusan ikan. Tambahkan juga kerisik, asam keping dan gula merah, tunggu sehingga mendidih.
7. Kecilkan api, tunggu sehingga kuah laksa memekat.
8. Tambah garam dan gula secukup rasa. 

TIPS:
1. Kuah laksa Johor pekat. Sebab itu orang Johor boleh makan guna tangan.

LAKSA
PERLU ADA: 
1 bungkus spaghetti (untuk 7-8 org makan)
3 sudu minyak masak
Air secukupnya

PERLU BUAT: 
1. Rebus 1 bungkus spaghetti. Letakkan sedikit minyak masak. 
2. Bila rasa dah kenyal, tapis spaghetti. Bilas dengan air paip sehingga sejuk.
3. Capkan spaghetti untuk hidangan.

TIPS:
1. Cara cap spaghetti: Ambil 7-8 urat spaghetti di tengah-tengah,  lipat dua dan simpul di tengah secara membulat. Bentuknya seperti bulatan. Boleh juga pintal guna garfu. 
2. Cap spaghetti semasa panas-panas. Jika lambat, spaghetti akan melekat antara satu sama lain.
3. Hidangkan spaghetti dalam bentuk cap. 

ULAM-ULAM
PERLU ADA:
Timun
Taugeh
Bawang besar
Daun kesom/daun selasih - daun selasih lebih ori
Kacang panjang
Limau kasturi - nn guna lemon. Limau kasturi takde di sini
Lobak asin hancur

PERLU BUAT:
1. Bersihkan dan cuci semua ulam-ulaman.
2. Timun - Kupas kulit timun. Kerat timun sepanjang 2 inci. Hiris keliling kulit timun secara membulat nipis-nipis sehingga sampai ke empulur timun. kemudin gulung kulit timun seperti kedudukan asal. Hiris halus secara melintang. 
3. Hiris halis bawang besar, kacang panjang. Koyak-koyakkan daun selasih atau daun kesum.
4. Hidangkan ulam-ulam laksa.

TIPS:
1. Cara hiris timun untuk laksa johor adalah seperti link bergambar dari blog kak jee

SAMBAL BELACAN
PERLU ADA:
4 biji cili merah
4 biji cili api
2 inci belacan
Garam dan gula secukup rasa

PERLU BUAT: 
1. Tumbuk kesemua bahan hingga lumat. 
2. Hidangkan bersama laksa.

CARA HIDANG:
1. Ambil spaghetti mengikut cap yang telah dibuat. Terpulang nak makan banyak atau sikit. Jangan ceraikan cap yang dihidangkan, nanti tuan rumah marah :)
2. Isi kuah secukupnya. Kuah laksa johor ni pekat dan makan sikit-sikit je, tak seperti laksa penang yang banyak kuahnya. Mungkin sebab penang tu pulau kot :)
3. Taburkan ulam-ulaman. 
4. Tambah sedikit sambal belacan dan perah limau kasturi secukup rasa.
5. Makan laksa johor menggunakan jari. Kalau sayangkan kuku dan tangan, boleh la guna sudu dan garfu. 


No comments: