Wednesday, May 2, 2012

nn @ medah PhD

Entry ni dicopy pastekan dari blog adindaku, Albazrah buat tatapan teman-teman yang sedang berjuang di medan ini...

Apabila memikirkan perjalanan PhD aku berdebar-debar. PhD sama sekali berbeza dengan Master. PhD memerlukan terlebih banyak segala rencah berbanding Master. Sebahagian besar yang menempuh PhD adalah di usia yang lebih dewasa. Bila usia dewasa, ujian dan cabarannya lebih layak dengan kematangan dan kedewasaan seseorang itu.

Semua calon PhD cuba merancang yang terbaik, melakukan time-frame dan berusaha memenuhinya. PhD bukan untuk orang yang cerdik, tetapi PhD adalah untuk orang yang sabar. Kesabaran yang akan mendorong calon-calon PhD berjaya. Calon PhD perlu bersabar dalam membaca, menganalisis, berfikir, bersabar juga dengan segala ujian yang datang di luar upaya dan perancangan mereka.

Penyelia Master aku pernah bercerita semasa menyelesaikan PhDnya, beliau terpaksa kuatkan hati menghadapi dua kali kematian anak kecilnya. Seorang kakak seniorku menghadapi dua kali perceraian melalui dua perkahwinannya sepanjang tempoh menyelesaikan PhD. Seorang senior lagi menghadapi kahancuran rumah tangga di saat-saat dia sangat memerlukan sokongan suami, kawannya sendiri telah menjadi perosak rumahtangganya lalu merampas si suami. Ada juga yang berkali-kali keguguran. Ada juga calon PhD yang menghadapi kematian dirinya sendiri. Lahawla wala quwwata illa billah. Banyak kisah calon PhD lain lagi. Pendek kata, PhD adalah satu bentuk tarbiyah daripada Allah, menguji intelektual dan rohani sekaligus.

Najwa sahabatku selalu mengulangi, PhD adalah untuk orang yang sabar, PhD adalah medan untuk berdoa. Memang ia medan air mata. Ia medan mendekatkan kita kepada Allah.

Ujian-ujian lain seperti kewangan, penyelia, kesukaran mencari dan menganalisa bahan, adalah rencah-rencah biasa dalam PhD.

Di sebabkan itulah bagi aku, seharusnya PhD medan tarbiyah Allah ini melahirkan para doktor yang tawadhuk, merendah diri, tidak mementingkan diri sendiri. Yang lebih penting PhD melahirkan hamba-hamba Allah yang penuh bertaqwa dan penuh tawakkal, hati yang tulus merendah diri kepada Allah Ta'ala.

Ketika ini aku teringat pula Dekan FPQS aku di USIM yang begitu tawadhuk, sungguh lunak dan halus pertuturannya dengan ibu bapanya, solat dhuha yang konsisten, semoga Allah membantu beliau mentadbir FPQS.

No comments: