resepi laksam ilham dari kak yani. Alter sedikit mengikut cita rasak moktok. Kuah laksam resepi maktok.
RESEPI LAKSAM
LAKSAM
PERLU ADA:
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
4 cawan air ( nn guna 5 cawan air)
PERLU BUAT:
1. Campur semua bahan dan kacau. Panaskan pengukus.
2. Gris alas springform dengan minyak.
3. Panaskan alas springform dalam pengukus. Tambahkan adunan nipis.
4. Kukus sehingga masak.
5. Potong laksam secara membulat.
TIPS:
1. Sejukkan seketika selepas masak, secara menegak, kemudian gulung. Laksam akan licin.
2. Basuh alas springform sebelum gris untuk ulang buat laksam.
PERLU ADA:
1 tin santan
2 tin tuna chunks
5 ulas bawang kecil
2 cm halia
2 sudu lada hitam
Garam
Gula
Asam keping
PERLU BUAT:
1. Hancurkan ikan tuna. (boleh guna isi ikan lain juga)2. Tumbuk bawang merah, halia dan lada hitam.
3. Masakkan sekali dengan santan, tuna, bahan tumbuk dan asam keping dengan api kecil.
4. Masak sehingga merenih. Perasakan dengan garam dan gula.
TIPS:
1. Masak dengan api kecil supa santan tidak pecah minyak atau berkepala.
Taugeh
Timun
Kacang panjang
Kobis
Bunga Kantan
Limau
CARA PENYEDIAAN:
1. Laksam dihidang dengan kuah dan ulam yang di racik halus, juga cili kisar, belacan dan garam halus.
2. Untuk lebih pedas, lebihkan cili kisar. Untuk lebih masin, tambahkan garam halus.