Monday, April 28, 2014

nn @ resepi roti sarang lebah


Roti Sarang Lebah





ROTI SARANG LEBAH
Resipi Asal: Lydia Honey


DOH ROTI

Perlu ada:


2 cawan tepung gandum

1/2 tsp yis serbuk
1/4 tsp garam halus
1/2 tsp baking powder
1 tbsp gula halus
1/4 cawan plain yogurt-suhu bilik - nn guna susu + air
1/4 cawan minyak jagung
1/2 cawan air suam
Sapu-1 biji kuning telur

Taburbadam dan kuaci serta bijan.

Perlu Buat:
  • Satukan semua bahan-bahan kecuali air ke dalam mangkuk pengadun.
  • Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga elastik.
  • Perap sehingga kembang dua kali ganda dari saiz asal.
  • Tumbuk doh buang anginnya. Bentukkan menjadi bebola kecil dan aturkan ke dalam loyang yang sesuai. nn buat 10g.
  • Biarkan doh mengembang dua kali ganda. 
  • Sapu eggwash dan tabur kekacang (almund, bijan dan biji kuaci).
  • Bakar selama 15 minit 150C.




BUTTERSCOTH SAUCE

Perlu ada:

1/2 cawan brown sugar
1/2 cawan whipping cream
Secubit garam
1/2 tsp essen vanila
25 gm butter

Perlu buat:


  • Cairkan butter.Masukkan gula perang.Kacau sehingga gula larut dan berbuih.
  • Masukkan cream dan garam.Kacau perlahan-lahan.
  • Akhir sekali masukkan essen vanila.Padamkan api.Kacau sehingga rata.Sos nampak cair tetapi apabila sejuk ianya agak pekat.
  • Tuangkan ke atas permukaan roti.


Untuk roti ini, nn guna dulce de leche. Resepi DLL boleh dapatkan di previous post.




1 comment:

Anonymous said...

salam.nk tnya klau xd yogurt bole guna susu..susu cair@pekat