Wednesday, August 24, 2011

nn @ resepi nasi kerabu

 

 


RESEPI NASI KERABU
(Resepi untuk 5 orang)

NASI
PERLU ADA:
3 pot beras
4.5 pot air (bergantung kepada jenis beras)
Pewarna biru
4 keping daun limau purut

PERLU BUAT:
1. Basuh beras, masukkan air seperti masak nasi biasa.
2. Tambahkan beberapa titis pewarna biru.
3. Masukkan daun limau purut. Masak nasi seperti biasa.

TIPS:
1. Pewarna biru original adalah dari bunga talang yang telah ditumbuk dan perah air.


KUAH TUMIS
PERLU ADA:
10 biji cili kering *
2 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *
½ inci kunyit hidup *
2 inci belacan *
1 batang serai - ketuk
1 tin santan
2 keping asam keping
1 sudu besar gula merah
Garam
Minyak untuk menumis

PERLU BUAT:
1. Kisar halus bahan-bahan bertanda *dan tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan serai, santan, asam keping, gula merah, garam.
3. Masak lama hingga naik minyak.

TIPS:
1. Kalau ada budu, masukkan budu, tak perlu guna belacan.


SAMBAL KELAPA
PERLU ADA:
1 ekor ikan mackerel – rebus dan ambil isi sahaja. Tumbuk halus.
200 g kelapa parut – dessicated coconut
½ tin santan
2 batang serai – hiris halus
1 biji bawang besar *
1 ulas bawang putih *
1 sudu kecil lada hitam *
Garam
Gula

PERLU BUAT:
1. Tumbuk halus bahan-bahan bertanda *.
2. Gaul kelapa parut dengan santan. Masukkan ke dalam kuali bersama ikan tumbuk dan bahan-bahan bertanda * dan serai.
3. Masak guna api perlahan sehingga sambal kering dan kekuningan. Tambahkan garam dan gula.

TIPS:
1. Sentiasa kacau supaya sambal kelapa tidak hangus.


AIR LADA
PERLU ADA:
3 biji cili merah (boleh guna cili merah besar sweet pointer)
5 biji cili api
3 sudu cuka/lemon juice
Sedikit serai dan bunga kantan (hiris halus)
Gula
Garam

PERLU BUAT:
1. Kisar cili merah, cili api dengan sedikit cuka atau lemon juice.
2. Tambahkan hirisan serai dan bunga kantan serta gula dan garam.


DAGING BAKAR
PERLU ADA:
300 g daging tanpa tulang (sebaiknya dalam ketulan yang agak besar)
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
2 inci halia *
Kunyit serbuk
Garam
Gula

PERLU BUAT:
1. Kisar bahan bertanda * dan gaul dengan kunyit serbuk, garam dan gula.
2. Perap seketika dengan daging.
3. Bakar daging sehingga masak.
4. Hiris daging dengan halus untuk hidangan nasi kerabu.


SOLOK LADA
PERLU ADA:
5 biji cili hijau besar – belah jangan putus
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 sudu kecil lada sulah *
200 g isi ikan ( boleh guna mackerel dari sambal kelapa atau guna mackerel tin)
200g kelapa parut
½ tin santan
Garam
Gula

PERLU BUAT:
1. Kisar bahan bertanda *, gaul bersama isi ikan, kelapa parut, garam dan gula.
2. Masukkan bahan-bahan yang telah digaul ke dalam cili hijau yang telah dibelah.
3. Rebus cili hijau sumbat dengan santan yang telah dimasukkan sedikit garam.
4. Rebus sehingga masak


BUDU
PERLU ADA:
Budu
1 biji sederhana bawang besar – hiris halus
5 biji cili api – hiris halus
Asam limau

PERLU BUAT:
1. Gaul budu bersama bawang besar dan cili api yang telah dihiris.
2. Perah sedikit asam limau.


ULAM
PERLU ADA:
Timun – hiris
Kobis - hiris
Kacang Panjang - hiris
Taugeh
Daun kesum - hiris
Bunga Kantan - hiris

PERLU BUAT:
1. Hiris halus ulam ulam kecuali taugeh. Gaul semua.


BAHAN-BAHAN LAIN
1. Keropok ikan
2. Telur masin
3. Daging bakar boleh diganti dengan ikan celup tepung atau ayam percik.


CARA HIDANG:
1. Gaul nasi dengan sambal kelapa, kuah tumis, air cili, budu dan ulam. Untuk lebih masam dan pedas, tambah air cili dan untuk lebih masin, tambah budu.
2. Makan bersama dengan solok lada, daging bakar/ayam percik/ikan percik, telur masin, keropok ikan dan jeruk bawang.


Posted by Picasa

1 comment:

sal-nurbeena said...

mencengkam jer rasa nak makan...lagi2 kak noni yg buat...

Kak noni jengok sal kt sini yer..follow me
kasehmia.blogspot.com