Thursday, June 23, 2011

nn @ resepi agar-agar pelangi


resepi lama dah ni ummi aziati husna, takut terlupa... so repaste :)

AGAR-AGAR PELANGI

PERLU ADA:
Bhn A
200 ml agar-agar
1000 ml air
200 gram gula
Pewarna berbagai warna

Bhn B
200 ml agar-agar
400 ml santan
800 ml air
200 gram gula
secubit garam

PERLU BUAT:
1. Masak bahan A kecuali pewarna hingga mendidih. Kecilkan api.
2. Masak bahan B hingga mendidih. Kecilkan api.
3. Boleh juga panaskan agar-agar A dan B dengan kaedah double boiler supaya tidak mengeras. Ataupon, gunakan api yang sangat-sangat kecil.
4. Cara melapis:
* Sukat agar-agar A untuk selapis (contohnya satu senduk, bergantung pada bekas acuan). Letak pewarna dan kacau hingga warna rata. Masukkan dalam acuan dan biarkan keras. (Nak cepat keras, masukkan bekas acuan dalam bekas besar berisi air sejuk macam double boiler juga). Biarkan mengeras (lebih kurang 5 mins tp bergantung pada lapisan).
* Lorek lapisan agar-agar keras dengan garfu.
* Sukat agar-agar B untuk selapis (contohnya satu senduk, bergantung pada bekas acuan). Masukkan dalam Loyang dan biarkan keras. Biarkan mengeras (lebih kurang 5 mins tp bergantung pada lapisan).
* Lorek lapisan agar-agar keras dengan garfu.
* Susunan warna ikut suka tapi mesti macam ni
Agar-agar A (clear) – WARNA
Agar-agar B (santan) – PUTIH
Agar-agar A (clear) – WARNA
Agar-agar B (santan) - PUTIH
* Ulang sampai habis ikut warna yang disukai. nn buat, PUTIH, KUNING, OREN, MERAH, PURPLE, HIJAU

TIPS:
• Boleh buat guna agar-agar serbuk, sukatannya seperti tertera diarahan pd pek agar-agar.
• Boleh juga guna agar-agar tali, selalu nn guna sukatan 1 cwan agar-agar, 5 cawan air.
• Nota penting: Agar-agar yang didouble boilerkan atau di atas api kecil akan evaporate. So, agar-agar akan jd semakin pekat dan hasilnya lebih manis dan keras. Boleh tambah sedikit air dari semasa ke semasa.... sebab kalau keras sangat, nanti dia tak melekattt......

3 comments:

melatiblossoms said...

hehehehe sib baik bagitau resipi lama

Anonymous said...

kak noni..

jgn lupa add untuk mengetauhui susunan warna pelangi..

Micheal Jackson Ke Hutan Bersama Ibu Unta Putih...

hehehehehhehe

-ninie-

nurbeena said...

nyum2, sedapnya kak n, bak sikit hantar kt twintech yer