Tuesday, February 1, 2011

nn @ resepi apam dot dot

 

 

 

 





resepi asal dari kak lilydvalley

RESEPI APAM DOT DOT

PERLU ADA:
3 biji telur sejuk (dari peti ais)
275 gm tepung gandum
200 gm gula halus
150gm susu segar (nn guna santan cair 150gm)
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete

PERLU BUAT:
1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk.
2. Pukul dgn menggunakan mixer pada kelajuan maxima selama 6-8 min.
3. Bahagikan kepada beberapa mangkuk & titiskan pewarna mengikut citarasa.
4. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag.
5. Pipe kan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yg telah disusun di dalam acuan.
6. Masukkan inti yang disukai.
7. Pipekan lagi adunan yg berlainan warna sehingga 3/4 penuh. Buat dot dot dengan warna yang berlainan.
8. Kukus didalam kukusan yg telah dipanaskan selama 10-15 min.

TIPS:
1. Adunan ini boleh menghasilkan 70 biji apam menggunakan mini cupcake cases.
2. Inti boleh dipelbagaikan - coklat nutella, kacang merah, kelapa, jem dll.
3. Cupcake cases perlu dimasukkan ke dalam acuan silikon atau acuan lompang utk mengekalkan bentuknya semasa mengukus.
4. Kukus dengan api yang sederhana. Jangan kuat sangat. Nanti jadi apam mekar.
Posted by Picasa

1 comment:

apamcakehouse said...

kat mane nak beli bekas pink mcm akak tu ye?