Saturday, January 30, 2010

Thursday, January 28, 2010

Tuesday, January 26, 2010

nn @ ceramah motivasi

http://www.ustream.tv/recorded/4128552

dari prof kamil

istiqamah dan ikhlaskan diriku ya allah

nn @ pesanan rasulullah saw

 
Posted by Picasa


Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata : "Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini.

Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca ‘Subhanallah’ (33 kali), ‘Alhamdulillah’ (33 kali) dan ‘Allahuakbar’ (33 kali) pada setiap malam sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya- Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

nukilan dari izan http://epxnish.blog.friendster.com/page/2/

Monday, January 18, 2010

Wednesday, January 13, 2010

nn @ resepi bihun sup utara

 
Posted by Picasa


BIHUN SUP UTARA

SUP
PERLU ADA:
1 kilo tulang lembu * (kalo tak mo guna tulang pon boleh.. guna daging biasa je)
200g daging(boneless) dan organ dalaman kalau ada *
2 labu bawang besar **
4 ulas bawang putih **
3 inci halia **
2 batang kayu manis ***
2 kuntum bunga lawang ***
1 sb bunga cengkih ***
3 biji buah pelaga ***
2 biji cengkih ***
1 sudu lada hitam ***
1 peket sup bunjut
2 sudu besar perencah sup atau rempah sup
1 pokok daun ketumbar (Potong dalam 3 inci)
Garam
Gula

PERLU BUAT:
1. Rebus bahan * dalam pressure cooker. Kalau takde, dalam periuk biasa pon boleh. Cuma, lama lah sikit. Bila dah rebus, buang lemak-lemak yang ada utk kesihatan ya…
2. Kisar bahan ***. Ketepikan satu sudu besar utk nak buat sos cili.
3. Tumis bahan** dan masukkan bahan *** yang telah dikisar. Tumis sampai naik bau.
4. Masukkan bahan-bahan yang ditumis ke dalam periuk sup dan masukkan sup bunjut, perencah/rempah sup dan daun ketumbar.
5. Tambah garam dan gula dan rasakan.
6. Keluarkan daging dan organ lain dan sejukkan.

SOS CILI
PERLU ADA:
1 sudu bahan kisar (dr sup)
5 sudu besar cili serbuk
2 sudu kecil pes asam jawa
1 sudu kecil sos tiram
Garam
Gula

PERLU BUAT:
1. Tumis bahan kisar dan masukkan sos tiram, serbuk cili, asam jawa, garam dan gula.
2. Masak dengan api kecil smpai naik minyak dan pekat. Kalau pekat sangat, tambah sedikit air supaya tidak hangit. Kena masak agak lama sampai naik minyak.
3. Rasa supaya ada rasa pedas, masin, masam dan manis.

BIHUN
1. Rendam bihun dengan air panas dan sedikit serbuk kunyit. (jangan banyak sangat, nanti bihun rasa kunyit)
2. Toskan bila bihun agak-agak lembut.

TIPS:
1. Geng bihun sup utara adalah bihun warna kuning, lobak masin (potong kecil), tauhu (goreng dan potong kecil), daun sup/daun bawang (UK takde daun sup, boleh jek guna daun ketumbar), bawang goreng, sup, sos cili dan daging yang dipotong kecil.
2. kalo ada organ dalam macam paru, hati , perut.. lg best, kat pasar malam favourite ku, nama dia bihun sup double special…

Sunday, January 10, 2010

Wednesday, January 6, 2010