Wednesday, January 30, 2013

nn @ resepi tauhu bunga





TAUHU BUNGA

PERLU ADA:
10 keping tauhu pok (tauhu goreng yang isinya lompong)
1 keping tauhu basah (dihancurkan)
1 biji telur
4 ulas bawang merah (cincang halus)
1 ulas bawang putih (cincang halus)
1cm halia (cincang halus)
1 cawan daging hancur
1 sudu rempah kari
½ cawan mix vege
½ cawan hirisan daun sup dan daun bawang
2 biji cili merah/cili api (cincang halus)
Garam
Serbuk lada sulah
Minyak untuk menggoreng

PERLU BUAT:
1. Gunting bentuk X dari bucu ke bucu tauhu pok. Terbalikkan bahagian dalam keluar, yang luar ke dalam. Kikis isi tauhu untuk dijadikan inti.
2. Tumis bawang merah, bawah putih, halia dan serbuk kari. Tambahkan daging cincang dan masak sehingga daging empuk. Masukkan mix vege, garam dan kacau rata. Sejukkan inti.
3. Gaul isi tauhu basah yang dihancurkan, isi tahu pok yang dikikis, inti tumisan daging, daun sup, daun bawang, cili, lada sulah dan telur hingga sebati.
4. Masukkan inti kedalam tauhu pok padat-padat.
5. Goreng sehingga masak dan keemasan.

TIPS:
1. Goreng dengan api sederhana. Make sure bunga ke atas dulu, sbb takut inti terkeluar dari tauhu. Bila bahagian luar dah keemasan, baru telangkupkan bunga ke bawah.
2. Sedap makan dengan sos.

pssst: mr roomate suami, saya dah update blog :P

Tuesday, January 8, 2013

nn @ semangat al mukminun


SEMANGAT AL-MUKMINUN (QS:23:1-9) 

(semangat tahun baru...)



Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. (1)
Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya. (2)
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. (3)
Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). (4)
Dan mereka yang menjaga kehormatannya. (5)
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. (6)
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. (7)
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. (8)
Dan mereka yang tetap memelihara solatnya. (9)
____________________________
Perjuangan diteruskan. InshaAllah orang beriman itu sentiasa berjaya.
Maka untuk berjaya, pastikan iman terus dijaga. Memastikan iman terjaga, pastikan sentiasa khusyuk dalam solat. Untuk sentiasa khusyuk dalam solat, sedarlah kepada siapa kita menghadap ketika solat. Sedarlah bahawa kita sedang memuji dan memohon kepada Allah.
Lalu datang kepada Allah dengan penuh hormat dan tidak terburu-buru di dalam solat. Puji dan mohonlah dengan penuh kerendahan dari jiwa yang sedar diri ini tiadalah apa-apanya di sisi Allah.
Bersyukurlah walaupun diri tiada apa-apanya, namun rahmat yang diberikan oleh Allah menjadikan kita hamba yang sangat dikasihiNya.
Mari…. pastikan kita semua masuk dalam golongan orang yang beriman yang tidak sedikit pun menyekutukan Allah yakni melebihkan yang lain lebih dariNya.
Mari…. pastikan kita semua sentiasa beriman pada kehendakNya tanpa banyak persoalan.
Mari… pastikan kita semua menjaga kehormatan dan tidak menjatuhkan darjat kita sendiri tanpa kita sedari.
Mari… pastikan kita tidak melakukan perbuatan dan perkataan sia-sia.
Mari… pastikan hari ini dan seterusnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku semata-mata untuk Allah. Bukan untuk yang lain. Lalu tiada kecewa, sedih, marah, geram dan terasa dengan yang lain.
Mari… hari ini pastikan memiliki semangat Al-Mukminun…