resepi asal dari tepung pelita kak jee dan nn alter sikit berdasarkan komen-komen di myr
TEPUNG PELITA
PERLU ADA:
LAPISAN HIJAU
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
¾ cawan gula
7 cawan air daun pandan (blend daun pandan atau guna esen pandan)
Sedikit pewarna hijau epal (nak bg cantik)
LAPISAN PUTIH
¾ cawan tepung beras
½ sudu besar tepung jagung
7 cawan santan ( air+santan kotak)
½ sudu kecik garam
PERLU BUAT:
1. Larutkan bahan2 lapisan hijau hingga sebati kemudian jerang atas dapur guna api sederhana sehingga mendidih dan berkilat.
2. Padam api dan curahkan bancuhan dalam bekas2 atau sampan daun pisang.
3. Tabur gula atas lapisan hijau untuk membentuk air gula.
4. Larutkan bahan2 lapisan putih dan jerang atas api sederhana sehingga mendidih dan berkilat.
5. Padam api dan curahkan atas lapisan hijau.
6. Sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam fridge.
TIPS:
1. Untuk cara melipat daun pisang, rujuk sini
2. Jika buat dalam daun pisang, kukus sebentar setelah masukkan kedua-dua lapisan untuk melayukan daun pisang dan aroma daun pisang akan terbit. lebih sedap :)
3. Boleh letak kapur. nn tak study lagi bab kapur hihhi :)