Mazmummah Hilangkan Bahagia
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah
- paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang (siapa nak dekat kalau asyik nak marah ajer.. bawak2lah senyum... tentu org tak takut nak dekat punyer...).
2. Pendendam
- tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung (ini kes dendam kesumat lahh nie..).
3. Hasad dengki
- amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu (tak elok dengki mendengki nih..).
4. Bakhil
- sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama.. - derma).
** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
5. Tamak
- orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut... walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak... lagipun org tamak selalu rugi..
** Ingat! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar
- andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..).
7. Ego
- ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin (yg nie no komen).. pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut....
8. Riak
- terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya.
-Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada...
-Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada...
9. Cinta dunia
- tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. - biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah...
** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****
Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia ...buruklahh padahnya...
UBAT MAZMUMMAH
Hati yang tidak bahagia itu adalah berpunca dari kekotoran sifat mazmumah. Hati manusia harus dipelihara kesihatannya sebab hati merupakan pusat aktiviti manusia.
Di samping sebagai pusat aktiviti, hati juga mudah terkena wabak penyakit sebagaimana penjelasan dalam Al-Quran: "Di hati mereka itu ada penyakit" -Ibid, halaman 18. Apabila hati terkena penyakit, maka akan mempengaruhi segala sikap, pemikiran dan tingkah laku manusia ke arah yang negatif. Yang pada akhirnya akan menimbulkan berbagai macam kerosakan.
Ulama'-ulama' sufi selalu memperhatikan untuk memelihara kesihatan hati.Mereka juga mempunyai cara untuk memelihara kesihatan hati ini iaitu dengan cara melaksanakan dua tugas :
1.Tugas Takhalli (mencuci)
Ulama'-ulama' sufi selalu memperhatikan untuk memelihara kesihatan hati.Mereka juga mempunyai cara untuk memelihara kesihatan hati ini iaitu dengan cara melaksanakan dua tugas :
1.Tugas Takhalli (mencuci)
- tugas membersihkan hati dari semua sifat-sifat yang tidak baik. Dalam tugas ini, sebahagian ulama' Tasawwuf menyatakan bahawa ada tugas-tugas yang mesti dikerjakan, antaranya:
- Membaca Al-Quran dengan tadabbur iaitu membaca Quran dengan hati yang kusyuk,lidah kita membaca; hati kita mengikuti dan perasaan menghayati pengertian dan tujuannya.
- Membiasakan berlapar, agar rajin beribadah. Apabila perut sentiasa kenyang, akan mempengaruhi rasa letih dan malas beribadah dan menaikkan nafsu syahwat.
- Qiamullail, perbanyakkan solat malam akan lebih mendekatkan diri pada Allah.
- Istighfar, dari dosa besar dosa kecil, dosa zahir dosa batin, dosa diketahui dosa tidak diketahui, dosa disengajakan dosa tidak disengajakan, dosa yang lepas dan dosa yang akan datang.
- Bergaul dengan orang-orang yang baik dan orang-orang yang soleh.
2.Tugas Tahalli (mengisi)
- melengkapi hati yang telah dibersih itu dengan wadah-wadah baru seperti zikrullah. Apabila segala penyakit tadi sudah beransur-ansur kita buang, hendaklah kita isi diri kita dengan sifat-sifat terpuji seperti tawadu', redha, ikhlas dan sebagainya.
Jikalau dua tugas ini kita lakukan secara istiqamah (berterusan), Insyaallah nanti hati kita akan bersih, terhindar dari penyakit batin bahkan bahagia.
Jikalau dua tugas ini kita lakukan secara istiqamah (berterusan), Insyaallah nanti hati kita akan bersih, terhindar dari penyakit batin bahkan bahagia.
rujukan: halaqah.net