Thursday, June 27, 2013

nn @ doa memohon zuriat



Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.

1)   Bersangka baik dengan Allah s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud:

“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” 

Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah Allah s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa Allah berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.

2)  Bersangka baik dengan Allah s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud:

“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.” 

Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat.

Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah Allah s.w.t. yang hebat ini.


Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya. Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:

1)   Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, Allah s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.

2)   Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.

3)   Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.

4)   Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar Allah s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.

5)   Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.
Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan
Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati
Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat
Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.

Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.
Read more: http://www.rahmanbashri.com/2012/08/doa-memohon-zuriat-atau-anak.html#ixzz2dKEqobyM

Thursday, May 23, 2013

nn @ resepi spaghetti cream carbonara







SPAGHETTI CUCUK CARBONARA CREAM
SPAGHETTI
PERLU ADA:
1 bungkus spaghetti
1 bungkus sosej
PERLU BUAT:

1. Sosej potong 6 bahagian.
2. Setiap bahagian dicucuk 6 batang sphagetti. Lebih pon boleh.
3. Rebus sampai lembut
KUAH

PERLU ADA:

1 biji bawang besar saiz sederhana - hiris
2 batang sosej - potong nipis-nipis (boleh jugak letak ayam dan boleh jugak buat in seafood version)
4 biji fresh mushroom - potong nipis-nipis
1 batang celeri - potong nipis-nipis
Sedikit capsicum - potong segi-segi (i suka guna capsicum kaler-kaler.. just to make sure yg masakan tu berwarna warni)
1 tin sup cendawan
2 sudu besar crush blackpepper
Sedikit minyak untuk menumis (olive oil better)
Garam secukup rasa

PERLU BUAT:

1. Tumis bawang sampai wangi dengan sedikit minyak.
2. Tambahkan sosej, celeri, cendawan dan tumis sampai layu.
3. Masukkan mushroom sup, crush pepper, garam.
4. Masukkan capsicum berbagai kaler (yang ni last. kalau tak lembik sngat)
5. Tunggu sampai mendidih sambil dikacau sekali sekala.
6. Boleh dihidang dengan sphagetti.
Perhatian: Sila ambik gambar sebelum makan. Cikgu nak tengok. HIHI!
Kalo yang suka kan creamy atau cheesy.. boleh letak sedikit parmesan cheese and less black pepper.. Tp since i bertekak agak melayu.. tu my version!

Monday, April 29, 2013

nn @ positifkan diri melalui ad-dhuha




Surah Ad-Dhuha adalah antara surah yang sangat memotivasikan dan sangat menyentuh hati. Siapa yang membaca surah Ad-Dhuha, memahami maksudnya, merasainya dengan hati, pastilah hatinya akan disentuh oleh manisnya kisah sentuhan Allah ke atas Nabinya, Muhammad s.a.w.
Kisah penurunan surah yang penuh kemanisan yang menjelmakan semula kekuatan bagi seorang hamba Allah untuk terus positif meneruskan kehidupannya sebagai hamba Allah. Kisah bagaimana seorang hamba yang diberi harapan bahawa masih ada cahaya di dalam kehidupannya di kala dia terasa kegelapan yang pekat telah meliputi hidupnya.
Begitulah Ad-Dhuha memberikan semula harapan Tuhan untuk kehidupan insan.
Siapakah pemberi harapan yang lebih baik selain dari Allah dalam hidup ini?
Siapakah tempat bergantung yang lebih baik selain dari Allah kala kita dijemput masalah?
Sudah tentulah Allah satu-satunya.

Kadangkala Kita Merasakan Seakan-akan Allah Tidak Mempedulikan Kita
Ada masa-masa di dalam kehidupan kita ini seakan-akan kita merasakan Allah tidak memberikan respon terhadap diri kita.
Hidup terasa sugul. Kosong. Suram.
Seakan-akan Allah itu tidak lagi mempedulikan kita.
Kita berzikir setiap hari, tetapi kadangkala zikir itu terasa kosong tanpa makna. Tidak mampu menembus dan memberikan kekuatan kepada jiwa kita.
Kita membaca Al-Quran setiap hari, tetapi kadangkala bacaan Al-Quran kita tidak ubah seperti bacaan sebuah buku biasa yang tidak memberikan apa-apa makna yang luar biasa.
Begitulah juga amalan-amalan ketaatan lain. Kita berusaha bersungguh-sungguh melakukan pelbagai kebaikan dalam hidup kita, tetapi kadangkala kita merasakan Allah seakan-akan tidak memberi respon atau mempedulikan apa yang sedang kita usahakan selama ini.
Bila kita dijemput kesusahan atau keperitan hidup, di manakah bantuan Allah datang mengeluarkan kita dari segala kepayahan itu?
Bila diuji dengan musibah yang sangat berat dan kadangkala rasa tidak tertanggung, kita mula bertanya, kenapa Allah timpakan sehingga sebegini rupa sekali ke atas aku? Apakah Allah sudah tidak sayang lagi kepada aku?
Bila kita menghadapi satu kedukaan, kemudian ditambah pula kedukaan yang baru, sudah jatuh ditimpa tangga lagi, kita mula bertanya, apakah Allah sudah tidak mempedulikan aku?
Kadangkala, hari kita penuh dengan kesibukan sehingga kita pun menjadi begitu penat. Dalam keadaan kepenatan itu, datang pula kesibukan baru. Tidak sempat rehat pun, ada tanggungjawab baru pula menimpa di atas bahu kita.
Kita bertanya pada diri kita, Allah tak tahukah aku penat ni, kenapa ada tanggungjawab baru pula menimpa aku? Terasa seakan-akan beban di bahu kita begitu berat dengan banyaknya tanggungjawab di bahu kita. Kadangkala, kerana hati kita tidak begitu kuat, air mata kita mudah mengalir memikirkan betapa lemahnya kita untuk sebuah tanggungjawab yang begitu besar.

Begitulah Perasaan Nabi, Adakah Allah Telah Membenci Aku?
Begitulah surah Ad-Dhuha menggambarkan perasaan yang ada pada Nabi Muhammad s.a.w. sewaktu ia diturunkan.
Ia menenangkan perasaan yang sedang gundah gulana kerana memikirkan Tuhannya telah meninggalkannya.
Ia membangkitkan semula rasa semangat dalam jiwa bahawa Tuhannya tidak pernah tinggalkannya bahkan sentiasa terus-menerus menunjukkan jalan dan membimbingnya.
Ia umpama tiupan bayu kasih sayang, pujuk rayu yang begitu menyentuh hati dari seorang Kekasih kepada kekasihnya. Perdampingan yang menyebabkan terungkainya sangkaan-sangkaan negatif di hati. Belaian yang menyebabkan hati yang lemah terasa kuat semula.
Bagaimana mungkin ia tidak menjadi belaian yang menenangkan hati, memberikan kekuatan dan semangat untuk meneruskan perjalanan di kala wahyu sudah tidak turun kepada Nabi dalam tempoh yang begitu panjang sekali. Sehinggalah Ummu Jamil, isteri Abu Lahab berkata kepadanya : “Wahai Muhammad, aku rasa syaitan kau telah tinggalkan kau !” .
Sehingga ke tahap itu sekali. Sudahlah tidak memiliki sesiapa lagi sebagai teman rapat dalam hidupnya, kemudian terputus wahyu pula dari satu-satunya sumber kekuatannya, selepas itu ditohmah pula oleh Arab Musyrik, siapakah yang mampu menahan lagi hatinya dalam keadaan begini?
Bertanya pada hati, apakah Allah sudah tidak mempedulikan aku lagi?

Tidak, Allah Bukannya Sedang Membiarkan Kamu
Allah memulakan surah Ad-Dhuha ini dengan gambaran waktu dhuha dan malam yang memberikan sinar baru bagi kehidupan insan.
Mendidik jiwa yang sedang bersedih untuk bersangka baik dengan Tuhan yang menguji dirinya dengan kesedihan itu.
Begitulah Allah memberikan jawapannya kepada Nabi Muhammad s.a.w.
“Tuhanmu tidak meninggalkan engkau (Muhammad) dan tidak (pula) membencimu.” [Ad-Dhuha : 3]
Seakan-akan Allah mahu berkata kepadanya, ‘Tidak akan pernah Aku tinggalkanmu sejak Aku telah memilihmu, mana mungkin Aku marah kepadamu sejak Aku telah mencintaimu.’
Dia sentiasa ada untuk kamu kala kamu diuji dengan musibah dan kesusahan. Dia sentiasa ada kala kamu dijemput dengan kedukaan dan kesedihan.
Janganlah pernah merasa jauh dari Allah.
Kamu telah berusaha membuatkan Allah rasa cinta kepada kamu, maka bagaimana mungkin Allah akan membiarkan dan tidak mempedulikan hamba-Nya yang berusaha mengejar cinta-Nya?

Bukankah Allah Yang Telah Memberikan Apa Yang Kamu Ada Hari Ini?
Dengan kehidupan yang masih ada pada kita hari ini, dengan segala macam nikmat yang masih ada pada kita hari ini, maka bukankah itu semua Allah yang telah berikannya pada kita?
Kadangkala, kita mungkin diuji dengan kemalangan sehingga kehilangan sebahagian anggota badan kita ataupun hilang fungsi sebahagian anggota kita, tetapi di sana, di negara-negara Islam yang mengalami peperangan, mereka diuji dengan lebih teruk lagi sehingga bukan sekadar kehilangan anggota tubuh badan, bahkan hilang nyawa juga. Bukankah Allah masih memberikan kehidupan kepada kita untuk kita teruskan usaha memperbaiki diri dan berbakti ?
Kita mungkin diuji dengan kematian ibu ayah kita kala kita telah dewasa, ada anak-anak kecil yang telah kehilangan ibu ayahnya sejak dia masih kecil. Tidak kenal siapa ibu ayahnya, tidak ada siapa yang menjaganya. Maka, bukankah Allah yang telah memberikan kita ibu ayah untuk mengambil berat urusan kita sewaktu kita kecil sehingga kita tidak terbiar menjadi peminta sedekah seperti segelintir kanak-kanak yang ada pada hari ini?
Kalau benar Allah tidak sayangkan kita, maka kenapa kita berada di atas dunia ini pada hari ini?
Bukankah kerana tanda Allah sayangkan kitalah, Allah memberikan kehidupan untuk kita terus memperbaiki diri. Untuk kita terus mencurah bakti kepada alam ini. Bukankah itu tanda Allah masih pedulikan dan sayangkan kita?
Bukankah juga diberi kefahaman Islam yang baik, memiliki kehidupan yang baik itu tanda Allah masih sangat sayangkan kita walaupun sehebat apapun musibah dan kesusahan yang menyelimuti kehidupan kita hari ini?

Penutup : Maka, Positiflah Meneruskan Kehidupan
Kalau Allah bencikan kita, maka tidak Allah berikan kehidupan ini kepada kita.
Kalau Allah ingin membiarkan kita, mustahil Allah menganugerahkan kita kefahaman yang baik terhadap Islam, terhadap kehidupan dan destinasi kembali kita.
Tidak, bahkan Allah tidak pernah membenci dan menjauh dari kita, kitalah yang selalu cepat bersangka-sangka dan menjauh dari Allah.
Bila kita susah, kita ada Allah bersama dengan kita yang menjadi kekuatan yang tidak tertandingkan kala menempuh kesusahan itu.
Bila kita ditimpa kedukaan yang berturut-turut, Allah ada juga untuk menjadi teman mendengar segala aduan dan luahan perasaan kita.
Allah ada. Ya, Allah itu ada.
Maka, kenapa perlu terus bersedih dan bermuram durja meneruskan hidup?
Positiflah, senyumlah dan bersemangatlah meneruskan kehidupan !
“Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan (dengan bersyukur).”[Ad-Dhuha : 11]

Sumber: LangitIlahi.com

Saturday, March 30, 2013

nn @ boikot mana yang mampu



Saya memang peminat tegar prosperity burger McD. Macam-macam promotion McD sedang berjalan untuk meningkatkan jualan mereka bagi menarik pelanggan-pelanggan yang cuba boikot McD di Malaysia. Tergugat juga hati saya dan suami. Tapi bila terasa nak masuk ke drive trough... masih ada perasaan belas pada saudara seIslam di Gaza.

Semalam, saya repeat menu homemade Prosperity Burger (yang pernah saya buat untuk jualan Fund Raising Palestine di Leeds). Tapi kali ini, bersama curly fries dan McFizz (7up + sunquick). Saya sangat gembira kerana saya sihat, jimat dan masih cekal untuk say NO to McD.

Saya tidak mampu membantu di Gaza. Saya takut ditanya esok-esok hari apa bantuan saya kepada mereka. Semoga usaha kecil ini dipandang oleh Allah swt. Sebagaimana terkesannya saya dengan kisah usaha kecil burung ababil dalam menentang tentera Abrahah.

Rakan-rakan tersayang, mari kita BOIKOT mana yang mampu ♥

Resepi Prosperity Burger Mc NN di sini :)

Wednesday, March 6, 2013

nn @ resepi kuih kaswi



KUIH KASWI
Sumber : Che CT

PERLU ADA:


Bahan A1 1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
2 helai daun pandan, disimpul
(jadikan 2 cawan air gula)

Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
3 cawan air
2 sudu besar air kapur

Bahan C
Kelapa parut yang dikukus sebentar dan dicampur sedikit garam


PERLU BUAT:

1. Satukan bahan A, masak di atas api sederhana hingga larut. Sejukkan.
2. Sebatikan bahan B, kacau rata dengan whisk.
3. Satukan bahan B dan bahan A, kacau rata dan tapis. Tuangkan ke acuan lompang yang telah di sapukan dengan sedikit minyak. Kukus selama 20 minit. Keluarkan kuih kaswi dari acuan dan masukkan ke peti sejuk sebentar.
4. Hidang bersama kelapa parut.



Thursday, February 21, 2013

nn @ jangan putus asa






KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "surah Al Baqarah ayat 250

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ? Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."Surah Yusuf ayat 87

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."Surah Al-Ankabut ayat 2-3

ketahuilah sahabat-sahabat sekalian...
setiap persoalan ada jawapannya...
kembali lah kepada Allah...
"ketahuilah dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang." (Al-Ra'ad:28)