Wednesday, January 5, 2011

nn @ resepi prosperity burger

 

 


RESEPI PROSPERITY BURGER

PERLU ADA
roti burger - toast atas pan
burger daging atau ayam – masak dulu
bawang holland - dihiris memanjang
capsicum hijau – dihiris memanjang

SOS LADA HITAM
1 cawan air
1 cube ayam/lembu (bergantung pada daging burger)
1/2 cawan susu segar
1 sudu besar lada hitam-di tumbuk kasar..agak-agaklah ..kalau nak pedas tambahlah byk sikit
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1/2 biji bawang besar – di cincang
2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki
2 sudu bbq sos – untuk rasa asap api
1 sudu sos tiram
1 sudu mentega
2 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
garam dan gula

PERLU BUAT
1. Tumiskan bawang besar dengan mentega hingga naik bau. Masukkan air dan kiub ayam dan masak sehingga mendidih.
2. Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega, sos tiram dan susu. Kacau rata.
3. Apabila mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang dikehendaki. Tambah garam dan sedikit gula.
4. Celup daging burger yang telah dimasak ke dalam sos lada hitam dan hidangkan bersama roti.

TIPS
1. Kalau di Mc Donald, prosperity ayam dimakan dengan hirisan capsicum (cili benggala) dan prosperity daging dimakan dengan hirisan bawang holand.
2. Kalau tak suka daging burger, boleh juga gunakan hirisan isi ayam atau daging.
3. Prosperity burger ‘nn, i’m lovin it’ lebih sedap jika dimakan bersama nn :)
Posted by Picasa

Sunday, January 2, 2011

nn @ resepi kek alunan kasih

 

 


RESEPI KEK ALUNAN KASIH
resepi dari kak mastura kongsi resepi dan kak nor

PERLU ADA:
250 gram butter
1 ½ cwn gula halus
5 biji telur
2 ½ cwn tepung naik sendiri
½ cwn susu cair
1 sudu kecil esen vanilla (boleh guna perasa lain juga)
*Sebuk koko - sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.
*Pewarna - ikut citarasa masing2.

PERLU BUAT:
1. Pukul butter dan gula smpai kembang.
2. Masukan telur satu persatu. Pukul lg smpai kembang.
3. Masukan esen vanilla, susu cair. Gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit.
4. Bahagikan kepada tiga bahagian. Campurkan pewarna merah, hijau dan kuning.
5. Griskan loyang dan tabur sikit tepung. Masukan adunan merah, ratakan dlm loyang dan ayak serbuk koko menutupi lapisan pertama. Ayak nipis2 jer.
6. Then masukan lapisan adunan warna hijau dan ratakan perlahan2 tetapi pastikan serbuk koko di lapisan pertama td terangkat. Ayak serbuk koko di atas lapisan kedua.
7. Ulang untuk adunan ketiga.
8. Bakar lebih kurang 45min dengan 160C mengikut oven masing2.

TIPS:
1. Utk membuat lapisan kaler2 tu biar tebal sbb bila kita melapis & meratkan adunan tersebut serbuk koko tak akan terikut sama. Tapi bila adunan yg nak kita lapiskan itu agak nipis/sikit bila nak meratakan lapisan tu, serbuk koko akan tertarik sama - nanti corak tak akan jadi cantik.
2. Boleh tambah perasa dalam tiap-tiap adunan warna.
Posted by Picasa

Thursday, December 23, 2010

nn @ resepi telur masin homemade

 
Posted by Picasa


RESEPI TELUR MASIN HOMEMADE

PERLU ADA
Telur itik (boleh juga guna telur ayam)
Garam - sukatan, 1 biji telur = 1 genggam garam
Air

PERLU BUAT
1. Masak garam bersama air hingga larut dan mendidih. Air agak-agak dapat menenggelamkan telur.
2. Sejukkan air garam. Cuci telur dan keringkan.
3. Simpan telur dan air garam selama 3 minggu.
4. Selepas 3 minggu, rebus telur masin dan boleh disimpan dalam peti ais.

Thursday, November 4, 2010

nn @ resepi kek marble trio

 



resepi dari mat gebu

RESEPI KEK MARBLE TRIO

PERLU ADA:
300 g mentega, pada suhu bilik
280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)*
1 camca teh serbuk penaik*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
5 biji telur Gred A
250 g gula kastor
1 camca besar Ovallate
30 g Gliserin
20 g air
1/2 camca teh esev vanilla
1/2 camca teh strawberi emulco
1 camca teh coklat emulco

PERLU BUAT:

1. Pukul mentega hingga kembang. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Gaul rata dgn mentega. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk yg kering dan bersih. Satukan telur, gula dan ovallate.
3. Menggunakan kelajuan yg tinggi, pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti adunan kuih baulu.
4. Perlahankan speed, masukkan adunan mentega tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga gliserin dan air. Gaul hingga rata.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dicampur dgn coklat emulco, satu lagi dgn strawberi emulco dan satu yg adunan kosong dicampur dgn esev vanila. (Perisa bergantung pada kehendak masing2).
6. Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x3 ) inci dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Tuang setiap adunan secara berselang seli hingga habis.
7. Bila sudah siap. Ambil chopstick atau sudu (gunakan tangkainya). Buat beberapa pusingan pada adunan kek tadi. JGN terlebih pusing, cukup sekadar 3 - 4 kali pusingan.
8. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit, bergantung pada oven masing2. Jika selepas 45 minit dan apa bila dicucuk dgn lidi satu dibhg tgh2 kek dan hasilnya tidak kering. Tutup permukaan tin kek dgn tudung periuk dan tambah masa membakar 5 - 10 minit lagi. Uji kek selepas 5 minit dibakar. Bila masak keluarkan kek dari tin dan sejukkan. Tujuan meletakkan "tudung periuk" ialah untuk mengelakkan kek hangus pada permukaannya.

TIPS:
1. Kalau kek merekah, panas sangat ovennya.
2. Sesuai utk acuan 8 x 8 x 3 inci. Nn buat dalam acuan bulat 10.5"
3. tak perlu buat layer halus-halus sangat untuk marble cake. Kurang cantik nanti.

Friday, October 22, 2010

nn @ resepi tomyam merah bersantan

 


TOMYAM MERAH BERSANTAN

PERLU ADA:
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
10 biji cili kering *
½ inci halia*
½ inci lengkuas*
1 sudu besar udang kering*
2 pokok daun ketumbar
3 helai daun limau
2 batang serai - dititik
5 biji cili api – dititik
3 sudu besar sos ikan
Isi – sotong/ayam/daging/udang – ikut suka
Sayur-sayuran – cauliflower/carrot/cendawan/celery – ikut suka
Minyak untuk menumis
Garam
Gula
Jus limau nipis – boleh beli dalam botol atau perah
1 cawan santan


PERLU BUAT:
1. Kisar bahan-bahan bertanda *.
2. Tumis bahan kisar dan serai, daun limau, daun ketumbar, cili api sampai naik bau.
3. Masukkan bahan-bahan isi dan air. Biarkan mendidih.
4. Tambahkan sayuran. Masukkan sos ikan, garam, gula dan lemon juice secukup rasa.
5. Bila dah mendidih, masukkan santan dan biarkan mendidih sekejap.
6. Boleh dihidangkan.

TIPS:
1. Untuk rasa yang lebih cemerlang, masa nak serve, perah sikit asam limau nipis, dan taburkan daun ketumbar.
2. Boleh dimakan bersama nasi dan bihun (seperti dalam gambar).
Posted by Picasa

Thursday, October 21, 2010

nn @ resepi biskut mazola

 


resepi dari emak kak linda

BISKUT MAZOLA

PERLU ADA:
Semangkuk kacang dah blend kering
Semangkuk tepung
1/2 mangkuk gula
Garam ikut rasa
Minyak jagung.

PERLU BUAT:
Campur je semua. pastu buh minyak ikut lembab.
I pakai kacang value ASda yang dah siap ada garam so lagi senang. 28p je sepeket 200g.
Posted by Picasa

Wednesday, October 13, 2010

nn @ bersabarlah duhai hati

Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba.

Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak.

Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan.

Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.

Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa.

Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah SWT sedang menduga.

Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya.

Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.

Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadangkala membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadangkala kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis oleh-Nya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuan-Nya? Kadangkala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapan-Nya.

'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...'
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '


Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?

Subhanallah. Maha suci Allah!

Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayat-Nya.

Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.

Kenapa semua ini terjadi padaku?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Kenapa terlalu berat ujian ini?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

Bagaimana harus ku hadapi semua ini?

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

Apa yang akan kudapat daripada semua ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)

Kepada siapa harus aku berharap?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)

Berimankah aku?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)

Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.

--------------------------------------------------------------------------------