An Honest, A Good, An Experiment, A Srumptious, An Awesome, A Lazy n' A Simple Carte
Saturday, July 30, 2011
nn @ tawaran ramadhan hadir sekali lagi
BULAN PELBAGAI GELARAN
* Bulan Puasa – kerana Allah memerintah kita berpuasa sebulan di bulan ini.
* Bulan Nuzul Quran – Al-Quran diturunkan Allah dari sisi-Nya ke langit dunia (al-Baqarah: 185)
* Bulan Lailatul Qadar – Terdapat satu malam pada akhir bulan ini iaitu malam yang lebih daripada seribu bulan (al-Qadr: 1-5)
* Bulan Hadiah – dianugerah khusus bagi umat Muhammad saw dan tidak kepada umat-umat lain
* Bulan Penghulu Bulan – terpilih dari sebelas bulan yang lain kera ia adalah sebaik-baik bulan
* Bulan Keampunan – Orang yang berpuasa serta beribadat di dalam nya dengan mengharapkan keredhaan dan kasih sayang Allah swt akan diampunkan segala dosa yang terdahulu dan kemudian.
* Bulan Gandaan – Setiap ammalan yang ikhlas pada bulan ini, baik amalan wajib maupun sunat digandakan ganjaran pahalanya berlipat kali ganda.
* Bulan Keberkatan – Setiap perkara, amalan dan ibadah malah sepanjang bulan ini penuh dengan keberkatan – “Ramdhan al- Mubarak”
* Bulan Ibadah – umat Islam berlumba-lumba melaksanakan berbagai ibadah baik wajib mahupun sunat. Solat berjamaah, bertarawih, bertilawah, berbuka puasa , bersahur,bersedekah ,berqiamullail, mengurus rumah tangga, mencari nafkah yang halal semuanya adalah ibadah.
* Bulan Kemuliaan – atau bulan rahmat kerana semua syaitan akan dirantai, semua pintu syurga akan dibuka seluasnya dan pintu neraka ditutup serapatnya.
* Bulan Junnah Hasinah – bulan perisai/pendinding kerana puasa yang sebenar ialah puasa yang dapat membentengi diri dari segala bentuk kejahatan dan benteng kepanasan api neraka.
* Bulan Riadhah – bulan latihan kerana pelbagai program dan pengisian disediakan sebagai panduan untuk dipraktik pada sebelas bulan yang mendatang.
* Bulan Kesabaran – bulan ini menuntut kesabaran setiap mukmin dari terbit fajar hingga tenggelam matahari. Sabar mengekang keinginan nafsu yang keji.
* Bulan Taqwa – membina taqwa adalah tujuan dan matlamat puasa (al-Baqarah : 185)
* Bulan Keikhlasan – Hanya mereka yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan mengharap redha Allah sahajalah yang akan diampunkan dosanya yang terdahulu atau kemudian.
* Bulan Jihad – Orang yang berpuasa sebenarnya sedang berperang dengan nafsunya yang keji lagi tidak pernah puas.
* Bulan Mustajab Doa – Sepanjang Ramadhan sangat makbul berdoa khasnya sewaktu berbuka.
* Bulan Zakat – zakat harta membersihkan harta, maka puasa pula zakat bagi tubuh badan.
* Bulan al-Farah – bulan kegembiraan kerana para mukminin sangat ceria, terhibur dan bergembira di bulan Ramadhan. Sabda Nabi saw : “ Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ada dua kegembiraan, iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu Allah.”
* Bulan Kesihatan – Muslim yang ikhlas berpuasa kerana Allah dianugerah kesihatan yang baik.
* Bulan Syafaat – Sabda Nabi saw : “Puasa dan al-Quran itu akan memberi syafaat kepada hamba-hamba( dengan izin Allah) pada hari kiamat nanti .” (Riw: Ahmad dan Thabrani)
* Bulan Penghapus Dosa – penghapus dosa-dosa kecil secara tahunan bagi mereka yang menghayati Ramadhan dengan sepenuhnya.
* Bulan Keimanan – menyuburkan keimanan dan setiap amalan juga dipersembahkan dengan penuh keimanan bagi mengharap rahmat Allah swt.
* Bulan Kebajikan – Rasulullah saw menggandakan segalan amalan kebajikan seperti sedekah pada bulan ini.
AHLAN YA RAMADHAN
Kita sering mendengar ucapan Selamat Tahun Baru , Selamat Hari Lahir , Selamat Hari Raya sebagai tanda ucapan selamat bagi sambutan. Namun kita jarang atau mungkin tidak pernah mendengar ungkapan ‘Selamat Menyambut Ramadhan” sebagai tanda kesyukuran dan kegembiraan dengan kedatangan Ramadhan.
Dalam masyarakat Arab kedatangan Ramadhan disambut penuh meriah sejak 15 Syaaban lagi. Apabila berjumpa sesama sendiri akan terdengarlah ucapan “Ahlan ya Ramadhan” atau “Ramadhan Karim”dan disambut pula “Allahu Akram” yang bermaksud Ramadhan itu mulia dan disambut pula dengan ucapan sesungguhnya Allah lebih mulia kerana Dia memuliakan Ramadhan.
KEM RAMADHAN
Berapakah usia anda sekarang ? Berapa kalikah anda telah bertemu Ramadhan selepas usia baligh ? Sepuluh? Lima Belas? Dua Puluh atau lebih?
Sebanyak mana kita bertemu Ramadhan maka sebanyak itulah kita telah memasuki Kem Latihan Ramadhan.
Di dalamnya kita dilatih bersahur, berbuka, menahan lapar dan dahaga, melawan nafsu, mendekatkan diri dengan Allah, menjaga mata, mulut, lidah, telinga dan anggota badan yang lain, bersedekah, pemaaf dan seumpamanya.
Sepatutnya selepas belasan dan puluhan tahun kita memasuki kem ramadhan , maka jiwa, mental dan fizikal kita semakin bertambah baik Kita menjadi manusia yang semakin sabar, semakin pemurah, semakin penyayang, semakin berhemah, semakin berkeyakinan, semakin proaktif, semakin berwawasan dan semakin maju dalam serba serbi yang bersesuaian dengan syariat.
Maka pada kesempatan Ramadhan kali ini, elok rasanya kita bertanya pada diri mmasing-masing: ‘Dapatkah aku menjadi lebih baik dalam Ramadhan kali ini berbanding dengan Ramadhan yang lalu?’
PERSEDIAAN RAMADHAN
Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak disengaja maupun yangdi sengajakan, semoga kita dapat mengimarahkan ramadhan ini dengan ibadah yang khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, InsyaAllah.
'Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak'.
Noni Nadiah Md Yusoff
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment