HUKUM BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT
Orang yang meninggalkan solat boleh mendedahkan diri kepada kekufuran kerana meninggalkan Rukun Islam.
Orang yang mengingkari kewajiban solat adalah kufur kecuali dia baru menganut agama Islam sedangkan dia belum mengetahui hukum wajibnya.
Bagi yang meninggalkan dengan sebab segan atau malas tetapi mengakui kewajiban solat, terdapat dua pendapat mengenai perkara ini :
a) Menurut Abu Hanifah ; Tidak menjadi kafir tetapi boleh dikenakan hukum takzir serta dipenjarakan sehingga dia kembali solat. Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja ini termasuk dalam orang yang berdosa.
b) Menurut Saidina Ali dan Imam Ahmad Hambal ; Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja hukumnya kafir kerana mengingkari perintah Allah
Kesimpulannya : Orang yang meninggalkan solat disebabkan malas atau sengaja adalah fasik, kerana telah melakukan dosa besar iaitu mengabaikan salah satu daripada Rukun Islam.
RASULULLAH SAW bersabda: Solat itu adalah tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat, sesungguhnya ia sudah
menegakkan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat, sesungguhnya ia meruntuhkan agama.
No comments:
Post a Comment