Saturday, August 28, 2010

nn @ resepi popia sambal

 
Posted by Picasa


RESEPI POPIA SAMBAL

PERLU ADA (POPIA):

1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih
1 kiub ayam ( kalo nak letak ayam pon boleh juga. Kita takde ayam)
50g udang basah (potong kecil-kecil)
3 keping fried tauhu
1 batang carrot (hiris halus)
2 helai daun kobis (hiris halus)
1 pokok daun bawang (hiris halus)
3 biji cili api (hiris halus)
Taugeh
Minyak untuk menumis
Garam (secukup rasa)
Pepper (secukup rasa)

PERLU BUAT (POPIA):

1. Tumis bawang putih, bawang, cili api.
2. Letak stok ayam.
3. Masukkan udang, fried tauhu, carrot, daun bawang. Masak sampai carrot masak.
4. Masukkan taugeh, garam, pepper, secukup rasa. Dan tutup api. (jangan masak lama-lama, nanti over cooked. Intinya lembik sngat.
5. Letak inti tadi dalam drainer sebab nak bagi airnya keluar. Inti basah akan buatkan kulit popia tak cruncy.
6. Gulung inti dengan kulit popia. Gulung dengan kemas. Kalau kulit popia besar, guna sehelai jek. Kalau kulit popia bersaiz kecil, guna dua helai. Tujuannya nak bagi kulit popia masih crunchy apabila disalut sambal.
7. Goreng popia dengan api yang kecil. Lama sikit. Sebab nak bagi masak ke lapisan dalam. Popia tadi agak tebal kulitnya kan Bab ni kena banyak bersabar ya tuan-tuan dan puan-puan.


PERLU ADA (SAMBAL):

2 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
12 biji cili kering *
1 sudu besar udang kering atau udang geragau *
1 sudu besar sos tiram
1 susu besar kicap manis
1 sudu teh lemon juice atau tamarind paste
Garam
Gula

PERLU BUAT (SAMBAL):

1. Blend bahan-bahan bertanda * dengan air yang paling minimum.
2. Tumis bahan-bahan blend sampai masak dan keluar minyak dan sampai pekat.
3. Tambahkan sos tiram, kicap manis, lemon juice atau tamarind paste, gula dan garam. Kuantiti gula agak banyak sebab rasa sambal popia ni ada unsur pedas dan manis-manis manja.
4. Bila dah cukup pekat, tutup api.
5. Biar seketika, baru masukkan popia yang telah digoreng. Golekkan popia dalam sambal dan taburkan dengan bijan yang telah disangai.


• Inti popia boleh disesuaikan dengan selera masing-masing. Nak letak ayam, daging, ikan, kambing, rusa dan zirafah pon boleh juga :)

TIPS:

Tips untuk mendapatkan popia sambal yang rangup:
1. gulung popia sangat kemas
2. goreng dgn api kecil sampai garing - menguji kesabaran juga ni :)
3. sambal kena cukup pekat

Monday, August 23, 2010

nn @ resepi pandan layered cake

 



 
Posted by Picasa


RESEPI KEK CHIFFON PANDAN
(kredit kepada kak nor)

PERLU ADA:

Bahan A:
6 biji kuning telur
2/3 cawan minyak
2/3 cawan santan pekat
1/2 sudu kecil garam
2/4 cawan gula pasir
pewarna hijau dan perisa pandan
1 1/2 cawan tepung gandum *diayak
2 sudu kecil baking powder *diayak

Bahan B:
6 biji putih telur
1/3 cawan gula pasir
1 sudu kecil cream of tar tar


PERLU BUAT:

Bahan A:
1. Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. ( tak perlu kembang, sebati je dah cukup)
2. Masukkan pewarna hijau, minyak & santan dan kacau lagi.
3. Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.

Bahan B:
1. Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
2. Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
3. Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
4. Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
5. Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
6. Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c
7. Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
8. Setelah sejuk, bolehlah dikeluarkan dan di potong kepada dua lapisan.


RESEPI KEK PANDAN LAYER
(kredit kepada Kak Noraini)

PERLU ADA:

Bahan Kastad:
1000 ml air
125 gm gula
5 helai daun pandan,disimpulkan
110 ml susu cair/santan
2 gm mentega (sedikit saja)
1 1/2 sudu teh jeli segera (instant jelly) atau agar-agar
85 gm tepung Hoen Kwee (hijau)
50 gm santan serbuk (segera)

PERLU BUAT:

1. Kek span dihiris 3 lapisan. Ketepikan.
2. Satukan semua bahan diatas ke dalam sebuah periuk.
3. Kacau diatas api sederhana hingga pekat dan mendidih. Angkat.
4. Sediakan tin springform atau loose tin bersaiz 9 inci.
5. Masuk lapisan kek pertama.Ia perlu kecil sedikit dari tin.Jika besar potong tepinya.
6. Ambil satu cawan kastad dan tuangkan diatas dan kelilingnya. Ratakan.
7. Buat lapisan kedua dan ketiga.Habiskan kastad. Biarkan sejuk baru masuk petiais.
8. Sejukkan kek 5 jam dalam peti ais sebelum dipotong.
9. Hiaskan mengikut citarasa anda.

TIPS:

1. Mentega bertujuan untuk kilatkan kastad.
2. Pandan boleh diblend dengan sedikit air.
3. Boleh guna santan segar (250 gm santan, air jadi 800 gm)
4. Tin springform boleh dibuka di tepi.Loose tin boleh dibuka dari bawah.Perlu guna tin jenis ini supaya kek mudah dikeluarkan.
5. Kek perlu disejukkan pada suhu bilik sebelum masuk petiais.
6. Tepung Hoen Kwee boleh digantikan dengan tepung kastard dan tepung jagung.

Thursday, August 12, 2010

nn @ resepi talapia hijau

 

 


selalu kita dengar talapia merah dan talapia hitam je kan...
ni talapia hijau :) talapia bersambal hijau..
Posted by Picasa


RESEPI TALAPIA HIJAU

PERLU ADA:

2 ekor ikan talapia - goreng dengan garam kunyit
20 biji cili hijau*
1 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 sudu udang geragau*
1 sudu besar cuka/lemon juice
Garam dan gula

PERLU BUAT:

1. Goreng ikan hingga garing dan ketepikan. Kisar bahan bertanda *.
2. Ketepikan sedikit minyak. Tumis bahan kisar hingga layu.
3. Tumis sehingga cili masak.
4. Tambah gula, garam dan lemon juice atau cuka.
5. Keringkan sambal dan masukkan ikan yang telah digoreng.

Tuesday, August 10, 2010

nn @ tazkirah ramadhan




BULAN PELBAGAI GELARAN

* Bulan Puasa – kerana Allah memerintah kita berpuasa sebulan di bulan ini.
* Bulan Nuzul Quran – Al-Quran diturunkan Allah dari sisi-Nya ke langit dunia (al-Baqarah: 185)
* Bulan Lailatul Qadar – Terdapat satu malam pada akhir bulan ini iaitu malam yang lebih daripada seribu bulan (al-Qadr: 1-5)
* Bulan Hadiah – dianugerah khusus bagi umat Muhammad saw dan tidak kepada umat-umat lain
* Bulan Penghulu Bulan – terpilih dari sebelas bulan yang lain kera ia adalah sebaik-baik bulan
* Bulan Keampunan – Orang yang berpuasa serta beribadat di dalam nya dengan mengharapkan keredhaan dan kasih sayang Allah swt akan diampunkan segala dosa yang terdahulu dan kemudian.
* Bulan Gandaan – Setiap ammalan yang ikhlas pada bulan ini, baik amalan wajib maupun sunat digandakan ganjaran pahalanya berlipat kali ganda.
* Bulan Keberkatan – Setiap perkara, amalan dan ibadah malah sepanjang bulan ini penuh dengan keberkatan – “Ramdhan al- Mubarak”
* Bulan Ibadah – umat Islam berlumba-lumba melaksanakan berbagai ibadah baik wajib mahupun sunat. Solat berjamaah, bertarawih, bertilawah, berbuka puasa , bersahur,bersedekah ,berqiamullail, mengurus rumah tangga, mencari nafkah yang halal semuanya adalah ibadah.
* Bulan Kemuliaan – atau bulan rahmat kerana semua syaitan akan dirantai, semua pintu syurga akan dibuka seluasnya dan pintu neraka ditutup serapatnya.
* Bulan Junnah Hasinah – bulan perisai/pendinding kerana puasa yang sebenar ialah puasa yang dapat membentengi diri dari segala bentuk kejahatan dan benteng kepanasan api neraka.
* Bulan Riadhah – bulan latihan kerana pelbagai program dan pengisian disediakan sebagai panduan untuk dipraktik pada sebelas bulan yang mendatang.
* Bulan Kesabaran – bulan ini menuntut kesabaran setiap mukmin dari terbit fajar hingga tenggelam matahari. Sabar mengekang keinginan nafsu yang keji.
* Bulan Taqwa – membina taqwa adalah tujuan dan matlamat puasa (al-Baqarah : 185)
* Bulan Keikhlasan – Hanya mereka yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan mengharap redha Allah sahajalah yang akan diampunkan dosanya yang terdahulu atau kemudian.
* Bulan Jihad – Orang yang berpuasa sebenarnya sedang berperang dengan nafsunya yang keji lagi tidak pernah puas.
* Bulan Mustajab Doa – Sepanjang Ramadhan sangat makbul berdoa khasnya sewaktu berbuka.
* Bulan Zakat – zakat harta membersihkan harta, maka puasa pula zakat bagi tubuh badan.
* Bulan al-Farah – bulan kegembiraan kerana para mukminin sangat ceria, terhibur dan bergembira di bulan Ramadhan. Sabda Nabi saw : “ Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ada dua kegembiraan, iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu Allah.”
* Bulan Kesihatan – Muslim yang ikhlas berpuasa kerana Allah dianugerah kesihatan yang baik.
* Bulan Syafaat – Sabda Nabi saw : “Puasa dan al-Quran itu akan memberi syafaat kepada hamba-hamba( dengan izin Allah) pada hari kiamat nanti .” (Riw: Ahmad dan Thabrani)
* Bulan Penghapus Dosa – penghapus dosa-dosa kecil secara tahunan bagi mereka yang menghayati Ramadhan dengan sepenuhnya.
* Bulan Keimanan – menyuburkan keimanan dan setiap amalan juga dipersembahkan dengan penuh keimanan bagi mengharap rahmat Allah swt.
* Bulan Kebajikan – Rasulullah saw menggandakan segalan amalan kebajikan seperti sedekah pada bulan ini.


AHLAN YA RAMADHAN

Kita sering mendengar ucapan Selamat Tahun Baru , Selamat Hari Lahir , Selamat Hari Raya sebagai tanda ucapan selamat bagi sambutan. Namun kita jarang atau mungkin tidak pernah mendengar ungkapan ‘Selamat Menyambut Ramadhan” sebagai tanda kesyukuran dan kegembiraan dengan kedatangan Ramadhan.

Dalam masyarakat Arab kedatangan Ramadhan disambut penuh meriah sejak 15 Syaaban lagi. Apabila berjumpa sesama sendiri akan terdengarlah ucapan “Ahlan ya Ramadhan” atau “Ramadhan Karim”dan disambut pula “Allahu Akram” yang bermaksud Ramadhan itu mulia dan disambut pula dengan ucapan sesungguhnya Allah lebih mulia kerana Dia memuliakan Ramadhan.


KEM RAMADHAN


Berapakah usia anda sekarang ? Berapa kalikah anda telah bertemu Ramadhan selepas usia baligh ? Sepuluh? Lima Belas? Dua Puluh atau lebih?

Sebanyak mana kita bertemu Ramadhan maka sebanyak itulah kita telah memasuki Kem Latihan Ramadhan.

Di dalamnya kita dilatih bersahur, berbuka, menahan lapar dan dahaga, melawan nafsu, mendekatkan diri dengan Allah, menjaga mata, mulut, lidah, telinga dan anggota badan yang lain, bersedekah, pemaaf dan seumpamanya.

Sepatutnya selepas belasan dan puluhan tahun kita memasuki kem ramadhan , maka jiwa, mental dan fizikal kita semakin bertambah baik Kita menjadi manusia yang semakin sabar, semakin pemurah, semakin penyayang, semakin berhemah, semakin berkeyakinan, semakin proaktif, semakin berwawasan dan semakin maju dalam serba serbi yang bersesuaian dengan syariat.

Maka pada kesempatan Ramadhan kali ini, elok rasanya kita bertanya pada diri mmasing-masing: ‘Dapatkah aku menjadi lebih baik dalam Ramadhan kali ini berbanding dengan Ramadhan yang lalu?’

PERSEDIAAN RAMADHAN

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak disengaja maupun yangdi sengajakan, semoga kita dapat mengimarahkan ramadhan ini dengan ibadah yang khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah.

'Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak'.


noni nadiah md yusoff

Wednesday, August 4, 2010

nn @ resepi roti jala kari ayam

 

 
Posted by Picasa


RESEPI ROTI JALA
(kredit kepada kak ummi kuantan)

PERLU ADA:

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bj telur
2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecik garam halus
beberapa titik pewarna kuning

PERLU BUAT:

1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sebati.
2. Perapkan selama 1/2 jam .
3. Panaskan kuali dgn api sederhana.
4. Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan kedalam acuan roti jala.
5. Tebar/kirai adunan atas kuali.
6. Biarkan hingga roti jala tu masak.
7. Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2.

nn @ indah ciptaan Allah

 

 

 
Posted by Picasa

Tuesday, August 3, 2010

nn @ tanda-tanda HATI MATI







Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.

nn @ resepi beef floss glutinous rice

 


 


 
Posted by Picasa


PULUT SERUNDING

PERLU ADA:

2 cwn beras pulut *
2 cwn santan cair *
1 sdk garam *
1 sdb minyak masak (utk dptkan pulut yg gebu)
2 cawan serunding (diblend kering)

PERLU BUAT:

1. Masukkan semua bahan kedalam rice cooker. Tanak pulut hingga masak.
2. Keluarkan pulut, masukkan dalam loyang. Tekan-tekan supaya padat.
3. Potong ikut suka atau terap guna acuan.
4. Golekkan pulut dalam serunding yang telah diblend.
5. Siap :)