TAUHU BUNGA
PERLU ADA:
10 keping tauhu pok (tauhu goreng yang
isinya lompong)
1 keping tauhu basah (dihancurkan)
1 biji telur
4 ulas bawang merah (cincang halus)
1 ulas bawang putih (cincang halus)
1cm halia (cincang halus)
1 cawan daging hancur
1 sudu rempah kari
½ cawan mix vege
½ cawan hirisan daun sup dan daun bawang
2 biji cili merah/cili api (cincang halus)
Garam
Serbuk lada sulah
Minyak untuk menggoreng
PERLU BUAT:
1. Gunting bentuk X dari bucu ke bucu tauhu
pok. Terbalikkan bahagian dalam keluar, yang luar ke dalam. Kikis isi tauhu
untuk dijadikan inti.
2. Tumis bawang merah, bawah putih, halia
dan serbuk kari. Tambahkan daging cincang dan masak sehingga daging empuk.
Masukkan mix vege, garam dan kacau rata. Sejukkan inti.
3. Gaul isi tauhu basah yang dihancurkan, isi
tahu pok yang dikikis, inti tumisan daging, daun sup, daun bawang, cili, lada
sulah dan telur hingga sebati.
4. Masukkan inti kedalam tauhu pok
padat-padat.
5. Goreng sehingga masak dan keemasan.
TIPS:
1. Goreng dengan api sederhana. Make sure
bunga ke atas dulu, sbb takut inti terkeluar dari tauhu. Bila bahagian luar dah
keemasan, baru telangkupkan bunga ke bawah.
2. Sedap makan dengan sos.
pssst: mr roomate suami, saya dah update blog :P
pssst: mr roomate suami, saya dah update blog :P
1 comment:
Abang dah tengok :-)
Post a Comment