Wednesday, June 1, 2011

nn @ resepi taufu fa







resepi dari irma

RESEPI TAUFU FA

PERLU ADA:
2 liter pati air soya dari perahan yang pertama. Masak sampai mendidih.
1 sudu teh GDL
2 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan air

PERLU BUAT:
1. Bancuh GDL, tepung jagung dan air dalam satu bekas kecil.
2. Masukkan pati air soya yang dimasak dalam satu jag.
3. Sediakan satu bekas atau periuk untuk membekukan tau fu fa.
4. Dengan menggunakan nikmat 2 belah tangan yang Allah berikan, sebelah kiri pegang bancuhan GDL, tepung jagung dan air. Sebelah kanan pegang jug pati air soya. Masukkan keduanya serentak dalam bekas. Kacau dengan sekali pusingan. Kemudian tutup dengan kain tuala dan penutup periuk.
5. Biarkan selama 1 jam untuk tujuan pembekuan. Bila dah beku, boleh buang air yang ada. Sedap dimakan semasa panas atau sejuk dengan air gula merah atau air gula putih.

1 comment:

melatiblossoms said...

heheheh, so bilalah tau fu fa ni nak sampai Shay Street nih...