Thursday, December 22, 2011

nn @ dedikasi ummi

Dedikasi dari ummi, teman, guru, sahabat dunia akhirat: ukhti aziati husna. JazakaAllah Ummi!



Dedikasi dari teman, ummi, sahabat dunia akhirat, ukhti aziati husna. JazakaAllah Ummi!

Assalamualaikum anak-anak ummi tercinta, entri kali ini khas untuk orang kesayangan kita yang sedang meniti hari-hari bahagia, bakal bergelar isteri orang beberapa jam lagi InsyaAllah. Buat Auntie Noni Nadiah, Barakallahulakuma.

Pesanan Umamah ini masih ummi pelajari dan semoga istiqamah juga menyelusuri, dan pesanan ini juga buat anak-anak ummi nanti, buat ukhti-ukhti ummi, dan buat yang di ingati dalam doa selalu, walau majlis mu tak mampu kami hadiri. Doa yang tulus kami kirim dari kejauhan.

Renungi pesanan Umamah binti Harith kepada anaknya sebagai petua dalam rumah tangga yang bahagia. Umamah mewasiatkan kepada anak perempuannya yang akan melangsungkan perkahwinan dengan seorang Raja Yaman, iaitu Al Harith bin Amru.

" Wahai puteriku!
Sesungguhnya jika nasihat ini kutinggalkan kerana keutamaan adab, tentu ia akan kutinggalkan hanya bagimu sahaja. Tetapi ini adalah pertolongan bagi orang yang lalai dan pertolongan bagi orang yang berakal. Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana kekayaan orang tuanya dan kerana kecintaan kedua orang tuanya kepada dirinya , maka akulah orang yang paling tidak memerlukan suami. Tetapi wanita itu diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk wanita.

Wahai puteriku!
Engkau akan berpisah dengan rumah yang pernah bersatu denganmu dan meninggalkan tempat yang pernah membesarkanmu, menuju ke tempat yang belum engkau kenali dan pendamping yang yang belum pernah dekat denganmu. Dengan kekuasaannya dia akan menjadi pengawas dirimu dan orang yang menguasaimu.

Maka jadilah diri sebagai abdinya nescaya dia akan menjadi hamba yang patuh bagimu. Jagalah sepuluh perkara nescaya akan menjadi simpanan bagimu iaitu :

Pertama dan kedua
~ Tunduk kepadanya dengan penuh kerelaan, mendengar dan taat kepadanya dengan cara yang baik.

Ketiga dan keempat
~ Memerhatikan sasaran mata dan hidungnya. Jangan sampai matanya melihat sesuatu yang buruk pada dirimu dan janganlah sampai dia mencium bau yang kurang enak dari dirimu.

Kelima dan keenam
 ~ Memerhatikan waktu tidur dan makannya kerana rasa lapar itu boleh membara dan rasa mengantuk itu boleh membakar sifat amarah.

Ketujuh dan kelapan
~ Menjaga hartanya,mengambil berat kerabat dan saudara-saudaranya. Kemampuan menjaga harta adalah mengukurnya dengan cara yang baik dan kemampuan menjaga saudara adalah dengan mengurus dengan cara yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh
~ Janganlah ingkar perintahnya dan jangan membocorkan rahsianya. Sebab jika engkau ingkar perintahnya beerti engkau telah membakar dadanya dan jika engkau membocorkan rahsianya engkau tidak akan aman dari pengkhianatannya.Kemudian janganlah engkau menunjukkan kegembiraan di hadapannya ketika ia bersedih dan sebaliknya janganlah engkau menunjukkan kesedihan kepadanya jika dia dalam keadaan gembira."

Sememangnya pesanan ini selayaknya untuk diri ummi sendiri, cuma ingin kita bersama-sama mendapat manafaat dari pesanan Umamah ini buat anaknya. Tanda kasih dan sayang tidak bertepi buat yang membaca. InsyaAllah.


Tuesday, November 22, 2011

nn @ mazmummah hilangkan bahagia

Mazmummah Hilangkan Bahagia


Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah
- paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang (siapa nak dekat kalau asyik nak marah ajer.. bawak2lah senyum... tentu org tak takut nak dekat punyer...).

2. Pendendam 
- tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung (ini kes dendam kesumat lahh nie..).

3. Hasad dengki 
- amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu (tak elok dengki mendengki nih..).

4. Bakhil 
- sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama.. - derma).
** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak 
- orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut... walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak... lagipun org tamak selalu rugi..
** Ingat! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar 
- andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..).

7. Ego 
- ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin (yg nie no komen).. pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut....

8. Riak 
- terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. 
-Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada...

9. Cinta dunia 
- tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. - biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah...
** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia ...buruklahh padahnya...

UBAT MAZMUMMAH

Hati yang tidak bahagia itu adalah berpunca dari kekotoran sifat mazmumah. Hati manusia harus dipelihara kesihatannya sebab hati merupakan pusat aktiviti manusia.
Di samping sebagai pusat aktiviti, hati juga mudah terkena wabak penyakit sebagaimana penjelasan dalam Al-Quran: "Di hati mereka itu ada penyakit" -Ibid, halaman 18. Apabila hati terkena penyakit, maka akan mempengaruhi segala sikap, pemikiran dan tingkah laku manusia ke arah yang negatif. Yang pada akhirnya akan menimbulkan berbagai macam kerosakan.

Ulama'-ulama' sufi selalu memperhatikan untuk memelihara kesihatan hati.Mereka juga mempunyai cara untuk memelihara kesihatan hati ini iaitu dengan cara melaksanakan dua tugas :


1.Tugas Takhalli (mencuci)
- tugas membersihkan hati dari semua sifat-sifat yang tidak baik. Dalam tugas ini, sebahagian ulama' Tasawwuf menyatakan bahawa ada tugas-tugas yang mesti dikerjakan, antaranya:
  • Membaca Al-Quran dengan tadabbur iaitu membaca Quran dengan hati yang kusyuk,lidah kita membaca; hati kita mengikuti dan perasaan menghayati pengertian dan tujuannya.
  • Membiasakan berlapar, agar rajin beribadah. Apabila perut sentiasa kenyang, akan mempengaruhi rasa letih dan malas beribadah dan menaikkan nafsu syahwat.
  • Qiamullail, perbanyakkan solat malam akan lebih mendekatkan diri pada Allah.
  • Istighfar, dari dosa besar dosa kecil, dosa zahir dosa batin, dosa diketahui dosa tidak diketahui, dosa disengajakan dosa tidak disengajakan, dosa yang lepas dan dosa yang akan datang.
  • Bergaul dengan orang-orang yang baik dan orang-orang yang soleh.

2.Tugas Tahalli (mengisi)

- melengkapi hati yang telah dibersih itu dengan wadah-wadah baru seperti zikrullah. Apabila segala penyakit tadi sudah beransur-ansur kita buang, hendaklah kita isi diri kita dengan sifat-sifat terpuji seperti tawadu', redha, ikhlas dan sebagainya.

Jikalau dua tugas ini kita lakukan secara istiqamah (berterusan), Insyaallah nanti hati kita akan bersih, terhindar dari penyakit batin bahkan bahagia. 

rujukan: halaqah.net

Wednesday, November 9, 2011

nn @ resepi puteri ayu



resepi dari rossitamz



Bahan-bahan ( 40 biji (bergantung pada saiz acuan) )

  • 5 biji telur (saiz kecil)
  • 250gm tepung gandum
  • 300gm gula
  • 2 camca teh ovallate
  • 1 camca teh baking powder
  • 250ml santan
  • Pewarna hijau
  • 2 camca teh paste pandan
  • Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)

Cara-cara

  1. Panaskan kukusan.
  2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
  5. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
  6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.

Monday, October 31, 2011

nn @ resepi laksam




resepi laksam ilham dari kak yani. Alter sedikit mengikut cita rasak moktok. Kuah laksam resepi maktok.

RESEPI LAKSAM

LAKSAM
PERLU ADA:
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
4 cawan air ( nn guna 5 cawan air)

PERLU BUAT:
1. Campur semua bahan dan kacau. Panaskan pengukus.
2. Gris alas springform dengan minyak. 
3. Panaskan alas springform dalam pengukus. Tambahkan adunan nipis.
4. Kukus sehingga masak.
5. Potong laksam secara membulat.

TIPS:
1. Sejukkan seketika selepas masak, secara menegak, kemudian gulung. Laksam akan licin.
2. Basuh alas springform sebelum gris untuk ulang buat laksam.

KUAH LAKSAM
PERLU ADA:
1 tin santan
2 tin tuna chunks
5 ulas bawang kecil
2 cm halia
2 sudu lada hitam
Garam
Gula
Asam keping


PERLU BUAT:
1. Hancurkan ikan tuna. (boleh guna isi ikan lain juga)
2. Tumbuk bawang merah, halia dan lada hitam.
3. Masakkan sekali dengan santan, tuna, bahan tumbuk dan asam keping dengan api kecil.
4. Masak sehingga merenih. Perasakan dengan garam dan gula.


TIPS:
1. Masak dengan api kecil supa santan tidak pecah minyak atau berkepala.

BAHAN ULAM:
Taugeh
Timun 
Kacang panjang
Kobis
Bunga Kantan
Limau

CARA PENYEDIAAN:
1. Laksam dihidang dengan kuah dan ulam yang di racik halus, juga cili kisar, belacan dan garam halus.
2. Untuk lebih pedas, lebihkan cili kisar. Untuk lebih masin, tambahkan garam halus.




Tuesday, October 25, 2011

nn @ kekasih



sweet sangat kan... :)

Kekasih (Devotess)



Kasih telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda Agungnya cinta kita
Kasih telah ku binakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati


Megah menghiasi taman kasih kita
Dan diringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati


Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menunggu ku
Kerna takdir ku relakan jua


Kekasih akan ku pahatkan doa ku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih akan ku sirami pusaramu
Dengan cinta sejati


Andai takdir kita bersama lagi
Ku ingin hidup bahgia bersama mu


Lagu: Arredza, Lirik: Arredza

Saturday, October 15, 2011

nn @ never give up

‎10 Reasons To Never Give Up

1. As long as you are alive, anything is possible.
The only valid excuse you have to give up is if you are dead. As long as you are alive (and healthy and free) you have the choice to keep trying until you finally succeed.

2. Be realistic.
The chance of mastering something the first time you do it is almost non-existent. Everything takes time to learn and you will make mistakes. Learn from them.

3. You are strong.
You are stronger than you think. One little setback is not enough to stop you from achieving your goals. Neither are 10 or 100 or 1000 setbacks.

4. Prove yourself.
You don’t want to be known as someone that is weak and gives up. Go out there and prove yourself to the world and to yourself. You CAN and WILL achieve what you set out to do. The only time you fail is when you give up.

5. Believe in your dreams.
Don’t sell yourself short. In life there are going to be many people who will try to bring you down and tell you what you want to achieve is not possible.

6. Your family and friends.
Let the people you love and who mean the world to you be your inspiration to persist and persevere. Maybe you need to try a different angle, study more or practice more but don’t give up!

7. There are people worse-off.
Right now there are many people who are in a worse situation and environment than you are. Are you thinking about giving up running 5 miles a week? Think about the people who are unable to even walk and how much they would give to be able to run 5 miles every day.

8. You deserve to be happy.
Don’t ever let anybody tell you otherwise. You deserve to be happy and you deserve to have success. Keep that mindset and never give up until you reach your destination!

9. Inspire others.
Be an inspiration to others by refusing to give up. Who knows what someone else can achieve because you never gave up and in turn inspired them not to give up.

10. You are so close.
Often when you feel like you want to give up you are so close to making a huge breakthrough. You are just a heartbeat away from success.

Thursday, October 6, 2011

nn @ sulam hati dengan iman dan taqwa




"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah S.W.T Dia akan diadakan baginya jalan keluar dan (Allah S.W.T) akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka kepadanya." (al-Talaq: 2-3)

Secara ringkas Takwa ialah mentaati perintah Allah S.W.T dan meninggalkan segala larangan-Nya. Takwa merupakan kekuatan dalaman yang hebat lagi unik. Ledakannya mampu mengukir sejarah baru di dunia.

Justeru, bersihkan iman kita daripada syirik dengan menjauhi tangkal, khurafat, tahayul dan bomoh-bomoh sesat. Pastikan kita melakukan ibadah wajib dan menjauhi sebarang maksiat. Berkawanlah dengan kawan-kawan soleh supaya kita tidak terbabas.

وَءَامِنُواْ بِمَآ أَنزَلۡتُ مُصَدِّقً۬ا لِّمَا مَعَكُمۡ وَلَا تَكُونُوٓاْ أَوَّلَ كَافِرِۭ بِهِۦ‌ۖ وَلَا تَشۡتَرُواْ بِـَٔايَـٰتِى ثَمَنً۬ا قَلِيلاً۬ وَإِيَّـٰىَ فَٱتَّقُونِ
Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan ia dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertakwa.
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 41)

http://www.iluvislam.com/design/e-kad/3745-design-sulam-hati-dengan-iman-a-taqwa.html