Friday, July 30, 2010

Thursday, July 29, 2010

nn @ resepi nasi beriani ayam golek

 

 

 


 
Posted by Picasa


RESEPI NASI BERIANI MUDAH

PERLU ADA:

1 sudu besar minyak sapi
3 cawan beras basmathi
Rempah tumis - kayu manis, cengkih, bunga lawang, pelaga
1/2 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang merah - blend
2 ulas bawang putih - blend
1"halia - blend
2 sudu rempah beriani - bancuh dgn sedikit air
sedikit isi ayam di potong dadu
sedikit daun pudina, daun bawang, daun sup
4 cawan air
1/2 cawan susu cair
garam secukup rasa
sedikit pewarna kuning
gajus dan kismis sebagai hiasan - goreng


PERLU BUAT:

1. Panaskan minyak sapi, tambah sedikit minyak. (nn tak suka guna minyak sapi banyak sangat). Kemudian tumis rempah tumis.
2. Masukkan bawang hiris gorengkan sebentar. kemudian masukkan pula bahan kisar. Masukkan rempah beriani yang dibancuh dengan air.
3. Masukkan ayam. masukkan air, susu cair dan tunggu sampai mendidih. (sukatan nn: 1 beras, 1.5 air+susu).
4. Masukkan daun bwg,daun pudina,daun sup. masukkan juga garam. kemudian, masukkan pula beras. kacaukan pindahkan periuk ke dalam rice cooker dan biar nasi masak
5. Bila nasi dah masak, masukkan kismis dan gajus, titikkan pewarna dan kacaukan.
6. Sedia untuk di hidangkan.


RESEPI AYAM BERSUJUD
(kredit kepada kak rinn)

PERLU ADA:

1 ekor ayam, dipotong 8
3 biji bawang besar*
6 ulas bawang putih*
2 inci halia*
3 batang serai*
6 biji buah keras* (nn tak de)
2 sudu cili kisar*
Santan pekat dari sebiji kelapa * (Rinn guna satu packet santan serbuk)
2 helai daun kunyit - dikoyak
6 helai daun limau purut - dikoyak
Garam dan gula secukup rasa

PERLU BUAT:

1. Kisar bahan bertanda *. Masukkan semua bahan kisar dan santan dalam kuali dan kacau seketika.
2. Masukkan ayam dan kacau sehingga kuah agak mendidih. Perasakan
dengan garam dan gula.
3. Keluarkan ayam dari kuali dan atur di atas dulang pembakar. Sementara itu, terus masak kuah hingga likat.
4. Bakar ayam pada suhu tinggi sehingga garing. Sesekali siramkan kuah percik
ke atas ayam.
5. Hidangkan ayam bersama kuahnya.

Friday, July 2, 2010

nn @ muhasabah ku bersama MU



wahai hati... muhasabah lah
wahai hati... berubah lah
wahai hati... dekatkan lah
wahai hati... berjaya lah