Sunday, June 15, 2014

nn @ resepi kacang bendi stail nyonya





Resepi asal nn dapat dari rancangan memasak cina di TV2. Tak tahu rancangan apa, tak faham juga. Tapi ada sub title :)


RESEPI KACANG BENDI STAIL NYONYA

Perlu ada:
10 biji kacang bendi
1/2 sudu kecil - soda bikarbonat
1 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang kecil - dihiris halus
3 biji cili merah - ditumbuk
3 biji cili api - ditumbuk
1 sudu kecil belacan
1 kuntum bunga kantan - dihiris halus
1 sudu kecil cuka
2 sudu besar udang kering - dikisar halus
Garam gula secukup rasa


Perlu buat:
1. Didihkan air dengan soda bikarbornat, garam dan minyak masak. Celur kacang bendi selama 3 minit dan rendam kacang bendi dalam air berisi ais.
2. Lap kacang bendi dengan tisu dapur dan aturkan di atas pinggan.
3. Gaul bawang kecil, cili merah dan cili api tumbuk, bunga kantan, belacan, cuka dan gula. Dapatkan rasa masam manis secukupnya. Letakkan atas kacang bendi yang disusun tadi.
* Tidak perlu letak garam sebab udang kering akan beri rasa masin
** Nn tumis sedikit supaya cili masak, sebab takut my cili padi sangat pedas.
4. Goreng udang kering yang dikisar dengan sedikit minyak sehingga kekuningan, tos sehingga kering dan taburkan udang kering di atas bancuhan sambal.

Tips: 
1. Soda bikarbornat, garam dan minyak akan buatkan kacang bendi kekal rangup dan warnanya kekal walaupun telah dicelur.
2. Air ais akan menghentikan pemanasan dalam kacang bendi. Hasilnya, kacang bendi akan kekal rangup.




1 comment:

Mastifm101 said...

(2014) Full Movie Watch Online
http://goo.gl/1NUrvK
(2014) Full Movie Watch Online
http://goo.gl/1NUrvK
(2014) Full Movie Watch Online
http://goo.gl/1NUrvK