Monday, February 20, 2012

nn @ ubat stress


Tip menghadapi Stres
Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan bertujuan bagi mengurangkan tekanan: 
01.
Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan sebarang pekerjaan. Tugas yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan.
02.
Al-Quran jadikan amalan
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
03.
Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
04.
Selalu berdoa kepada Allah
 Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
05.
Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
06.
Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
07.
Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
08.
Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
09.
Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

Saturday, February 11, 2012

nn @ resepi mee bandung muor



RESEPI MEE BANDUNG MUAR


PERLU ADA:
Mee kuning - Spaghetti (di rebus ngan minyak sikit... kalo nak rupa macam mee kuning, letak serbuk kunyit sikit) 
15 tangkai cili kering *
5 ulas bawang putih *
3 biji bawang besar *
3/4 cawan udang kering *
300 g daging - di rebus dan dipotong nipis
2 pokok sawi 
2 batang lobak merah
1 sudu besar sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
3 sudu makan kacang tanah - goreng dan tumbuk (nn beli salted peanut morisson dan blend sahaja)
3 keping biskut jagung (blender juga, nak bg kuahnya pekat)
3 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis


** Lain-lain perencah - fishballs, udang, sotong, sotong kering, bunga kobis boleh dimasukkan mengikut individual preference. (nn letak sotong dan sotong kering)
** Bawang goreng, daun sup & daun bawang untuk hiasan.
** Sedap dimakan dengan cili jeruk.


PERLU BUAT:
1. Blend bahan-bahan bertanda *.
2. Tumis dalam kuali sampai naik minyak. Jangan garing sngat.
3. Masukkan sos tiram.
4. Masukkan daging, air, batang sawi, carrot juga garam dan gula.
5. Bila mendidih masukkan kacang dan biskut jagung yang telah diblender.
6. Last sekali, kecilkan api. Masukkan telur (suka hati banyak mana) tapi jangan kacau. Lpas agak lama sikit, besarkan api semula. Mendidih je, masukkan sayur dan baru kacau. Pastikan telur tu sbiji-sebiji. Tutup api.


TIPS:
1. Sepatutnya, menghidang mee bandung ni, sedap kalo bancuh sepinggan-sepinggan (nn tak rajin sampai begini ya :) )
a. Ambil sedikit kuah dan rencahnya untuk satu orang makan.
b. Panaskan dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
c. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan.
d. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur diatas, taburkan daun sup & daun bawang, bawang goreng.
e. Makan dengan cili jeruk lagi best (nn takdak cili jeruk, jadi nn pon amik cili api dengan limau nipis sepotong).
2. Mee bandung muar yang asli tidak mengandungi apa-apa yang rasa masam kecuali cili jeruk. So, dalam mee bandung muar ni takde bahan-bahan seperti tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Kalo mee bandung tempat lain, mmg ada yang letak sos ni. Walaobagaimanapon, bergantunglah pada selera individu masing-masing.