Friday, December 24, 2010

nn @ resepi sup tulang merah singapura

 

 


RESEPI SUP TULANG BEACH ROAD SINGAPURA

PERLU ADA:
2 kg tulang
2 bunjut sup adabi
5 ulas bawang putih*
2 biji bawang besar*
1 inci halia*
20 biji cili kering*
2 senduk cili boh
2 senduk tomato sos
1 senduk tomato puree
2 biji kentang direbus dan dikisar dengan sedikit air
2 biji telur
2 sudu teh lada putih
2 sudu teh pewarna merah
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

PERLU BUAT:
1. Rebus tulang bersama 2 bunjut sub adabi sehingga isinya lembut. Jika guna pressure cooker, lebih cepat lembut.
2. Kisar bahan-bahan bertanda *. Tumis sehingga pecah minyak. Tambahkan sos tomato, tomato puree, sos cili dan masak hingga mendidih.
3. Masukkan tulang dan air rebusan tulang. Pekatkan dengan kentang yang telah dikisar tadi. Masak sehingga kuah pekat. Kuah sup tulang ini agak pekat seperti kuah steak.
4. Masukkan garam, gula, serbuk lada putih, pewarna merah dan kacau. Akhir sekali masukkan telur yang telah dipukul sedikit dan tutup api.

TIPS:
1. Hidangkan bersama hirisan kobis mentah yang telah dipotong halus.
2. Boleh dimakan bersama roti perancis (bagettue) atau nasi panas.
Posted by Picasa

Thursday, December 23, 2010

nn @ resepi telur masin homemade

 
Posted by Picasa


RESEPI TELUR MASIN HOMEMADE

PERLU ADA
Telur itik (boleh juga guna telur ayam)
Garam - sukatan, 1 biji telur = 1 genggam garam
Air

PERLU BUAT
1. Masak garam bersama air hingga larut dan mendidih. Air agak-agak dapat menenggelamkan telur.
2. Sejukkan air garam. Cuci telur dan keringkan.
3. Simpan telur dan air garam selama 3 minggu.
4. Selepas 3 minggu, rebus telur masin dan boleh disimpan dalam peti ais.