Thursday, April 29, 2010

nn @ resepi rojak buah

 

 



resepi kuah rojak :-

2 cawan kicap (boleh je guna kicap apa pon... tapi kalo kicap masin, gula sangat banyak la... )
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan sos tomato
5 sudu besar sos tiram
5 inci belacan ( kalo ada otak udang boleh kurang kan belacan.. tp kita takde :)
1/2 cawan gula merah
2 cawan gula pasir (mungkin lebih.. nnt rasa ok )
10 biji cili kering (blender halus)
10 biji cili api (blend juge)
2 genggam kacang tanah (nn guna salted peanuts yang terus makan tu :) , di blend)
2 sudu bijan disangai dulu...

1. Masak kesemuanya sampai pekat... tapi kena selalu kacau sebab takut gula hangus.. dan kena hati-hati sbb kalo dia mendidih... kuahnya akan membuak.... so gunakan api kecik dan periuk yang lebih besar :)
2. Bila dah cukup pekat (nn masak dalam 2-3 jam) biarkan sejuk.. dan kuah tu akan jadi lebih pekat cam beli kat kedai tu...
3. Simpan dalam bekas, dan boleh simpan dalam fridge dalam tempoh lama...

Masak banyak sekali harung, alang-alang dah masak lama.. pastu simpan jek dalam fridge...
Posted by Picasa

Monday, April 26, 2010

nn @ resepi kung pao chicken

 
Posted by Picasa


KUNG PAO CHICKEN

PERLU ADA:

Bahan A
500 gm isi ayam - potong dadu
1 s/b tepung jagung
1 sk lada sulah
1 sk kicap cair
2 titis minyakk bijan
sedikit garam

Bahan B
5 biji cili kering - potong dlm 1.5" panjang
3 sb sos tiram
2 sb kicap pekat
1 sb sos cili
4 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
2 biji bawang besar - potong dadu besar2
1 biji capsicum hijau- potong lebar2 sediikit
100 gm kacang gajus - i bought ready to eat punya :)
sedikit garam dan gula
minyak untuk menumis



PERLU BUAT:
1. Perap bahan A. Goreng ayam yang diperap tp jangan terlalu garing, ketepikan. Goreng lada kering hingga garing dan ketepikan
2. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar dan capsicum
3. Masukan sos tiram, kicap pekat, cili sos. Tambah isi ayam, cili kering dan gajus. Gaul rata.
4. Rasakan garam dan sedikit gula. Tambah beberapa titis minyak bijan. Gaul lagi dan tutup api.
5. Sedia utk dihidang :)

Monday, April 19, 2010

nn @ resepi penang asam laksa

 


PERLU ADA:
KUAH:-
3 tin tuna flakes in brine ( 2 tin ramas-ramas, 1 tin biar kasar-kasar)
20 biji cili kering, kerat2, cuci dan rendam dalam air panas dan toskan*
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 batang serai, dihiris*
1 cm lengkuas*
30 g belacan*(*dikisar halus)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
1 cawan nenas yang didadu halus
1 genggam daun pudina
1 genggam daun kesom
3 keping asam gelugor
Lemon jus
Air secukupnya (ikut suka hati masing2 nak byk mana)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN LAIN :
Mee laksa, kalau guna yang kering, rendam 1 - 2 jam, rebus lembut, tos, cuci dgn air paip dan toskan.
Hirisan daun salad
Hirisan cili padi
Hirisan timun
Hirisan bawang besar
Hirisan bunga kantan
Nenas
Telur rebus
Limau nipis
Petis secukupnya (jika ada)

PERLU BUAT :-

1.UNTUK KUAH :-
Masak air, tambah bahan kisar, tuna, daun kesom, asam keping dan garam, gula secukupnya.
Masak dengan api perlahan selama 45 - 60 minit. Tambah air jika perlu.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Biar mendidih 2 - 3 minit lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api.
Memula rasa cm asam pedas... tp masak lama sampai ikan kembang... baru rasa asam laksa.


2.UNTUK LAKSA ASSAM PENANG :-
Masukkan mee laksa secukupnya dalam mangkuk sesuai, tuang kuah laksa tadi (pastikan kacau dulu sebelum tuang) secukupnya.
Hias dengan bahan2 lain sebagai pelengkap dan diakhiri dengan 1/2 camca besar petis udang sebagai penambat selera....Hmmm sedap nihh...masa dok tulis ni pun, asyik terliurr jee...ahhh.. tak relaaa!!!!!!
Posted by Picasa

nn @ resepi char kuey teow

 


resepi dr che iza
http://www.myresipi.com/top/detail/4513

Bahan-bahan ( 2 org )
* UTK PASTE *
200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 sk petis
2 sb pati ikan bilis / pati udang
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sk gula
* UTK MEE *
300 gm kuey teow
1 sb cili boh
kerang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur

Cara-cara
1.UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
2Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
3.UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
4.Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
5.**Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh......
Posted by Picasa

Monday, April 5, 2010

nn @ resepi carrot cakes

 

 
Posted by Picasa


resepi carrot cake

A
150g gula caster
150g gula perang
4 bj telur
1 st esen vanilla
1 st ovalette

B
300g tpg gandum
1 setngh st baking powder
3/4 st soda bikarbonat
1/2 st serbuk kulit kayu manis
1/2 st garam

C
480g carrot ( parut )
60g kismis
60g walnut ( chopped )

D
180g minyak

1- pukul bhn A hingga kembang.
2- masuk bhn B sedikit demi sedikit sehingga habis, kacau secara kaup balik.
3- masukkan bhn C, gaul hingga rata.
4- last, masuk minyak, gaul lagi hingga minyak meresap dlm adunan.
5- bakar 180'c-1jam..